Terdesak bayar hutang Ah Long, lelaki bakar mesin ATM untuk curi wang

Terdesak bayar hutang Ah Long, lelaki bakar mesin ATM untuk curi wang

Menurut Ketus Polis Daerah Wangsa Maju, tindakan lelaki itu untuk menebuk lubang mesin ATM menggunakan tong bahan api bagaimanapun gagal. Pihak polis menerima laporan sekitar 12:55 tengah hari pada Isnin lalu dan mendapati kesan terbakar akibat daripada cubaan suspek untuk menebuk lubang mesin ATM.

Menerusi pemeriksaan televisyen litar bertutup (CCTV), jelas kelihatan kelibat suspek masuk dan bertindak membakar mesin ATM menggunakan tong bahan api, namun gagal.

Walau bagaimanpun, siasatan menunjukkan suspek menggunakan jalan mudah untuk melangsaikan hutangnya dengan ah long.

Susulan daripada itu, suspek berjaya ditangkap oleh Bahagian D9 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat (IPD) Daerah Wangsa Maju bersama Polis Kuala Lumpur. Barang suspek seperti pakaian semasa kejadian dan kenderaan yang diguna suspek telah dirampas oleh pihak polis.

Sumber: Kosmo