Ramai tak tahu rupanya senang je nak buat tepung goreng ayam sendiri, tak sampai 5 minit dah siap!
Bila tengah bulan, anak pula teringin nak makan ayam goreng macam dekat pasar malam, mesti pening kepala, harga sekarang bukan murah.
Bila nak jimat mestilah kena buat sendiri di rumah, zaman sekarang resipi semua dihujung jari, tinggal rajin atau tidak sahaja.
Ikuti perkongsian pengguna Facebook mengenai cara buat tepun goreng ayam yang dikongsi menerusi halaman ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official’.
“Saya nak kongsikan resipi tepung goreng ayam dalam masa 5 minit, dengan modal RM3 untuk 1 kilogram tepung.
Bahan-bahan:
- 800 gram tepung gandum
- 1 cawan tepung jagung atau tepung beras lagi rangup
- 3 sudu setengah garam
- 2 sudu lada hitam
- 1/2 sudu sudu aji
- 3 sudu serbuk cili
- 1 sudu serbuk kari
- 1/2 sudu gula
Cara-cara:
1. kisar halus lada hitam, garam, gula dan ajinomoto.
2. Kemudian satukan semua bahan di atas ke dalam satu bekas dengan penutup.
3. Goncangkan ia hingga sebati dan siap.
4. Perap ayam macam biasa, letak telur dengan tepung (boleh campur tepung dengan air).
5. Kemudian salutkan dengan tepung kering dan goreng hingga ayam masak dan warna keemasan.
Guna cara ini maka jimatlah duit, tepung goreng serbaguna kalau beli di pasar raya hampir cecah RM10 untuk satu kilogram, cepat habis pula tu.
Kalau nak jimat duit, guna sahaja cara ini, sedap dan berbaloi.