“Tenanglah kau disana” – Rakan sebak, rider Foodpanda maut tak sempat elak kereta
Hampir saban minggu kita mendengar khabar duka mengenai penghantar makanan yang mencari rezeki tanpa mengira panas atau hujan terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Terbaru, pemergian seorang penghantar makanan Foodpanda akibat melanggar sebuah kereta di Kilometer 25 Jalan Seremban-Kuala Pilah pagi semalam mengundang sebak ahli keluarga dan rakan-rakan.
Menerusi perkongsian posting di laman Facebook, ramai menitipkan ucapan takziah kepada keluarga Muhammad Afiq Rudhuan selain mendoakan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman.
Berehatlah di dunia abadi
PU Azman juga kongsi dedikasi
Banyak bagi nasihat tentang agama
Moga keluarga tabah hadapi ujian
Memetik laporan Kosmo! Online, mangsa yang datang dari arah Kuala Pilah tidak sempat mengelak sebelum melanggar sebuah kereta Perodua Axia yang sedang membelok masuk ke simpang Taman Sri Terachi.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Supritenden Amran Mohd. Ghani berkata, kereta Perodua Axia itu menggelungsur ke hadapan sebelum melanggar sebuah kereta Proton Saga yang sedang berhenti di laluan keluar simpang berkenaan.
Difahamkan, mangsa yang berusia 21 tahun mengalami kecederaan di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua pemandu terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sumber: Kosmo! Online (Zakkina Wati Ahmad Tarmizi)