Telatah Si Comel merengek di ajak pulang, “Habis dibebelnya”

Telatah Si Comel merengek di ajak pulang, “Habis dibebelnya”

Memiliki haiwan peliharaan bukan sahaja dapat mengurangkan stress dan penat selepas seharian bekerja, malah dapat juga mengisi masa terluang dengan melayan karenah yang tersayang ini. Antara haiwan yang sering dijadikan peliharaan adalah seperti kucing, burung atau pun anjing.

Namun begitu sudah semestinya lebih ramai yang memelihara kucing kerana ia mudah dijaga dan sukakan perhatian manusia. Malah haiwan ini ada juga yang pandai berinteraksi dengan manusia membuatkan ia lebih disayangi ramai.

Biarpun begitu, baru-baru ini satu perkongsian video yang memaparkan gelagat si comel telah mencuri perhatian ramai. Dalam rakaman itu kelihatan si comel ini didukung oleh seorang gadis. Namun begitu kedengaran suara si comel ini seakan merengek telah membuatkan ramai terhibur.

Berikut adalah perkongsian yang memaparkan si comel merengek di ajak pulang yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan namanadfadil ini:

https://vt.tiktok.com/ZSe4jFsbu/

Perkongsian rakaman si comel merengek di ajak pulang ini telah meraih lebih 500 ribu tontonan dan 122 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Sampai ke sudah tak habis mengiau ni”

Si Comel Merengek 4

“Upload banyak2 lagi pasal pumbaaa eee sukaan kucing hitam macam ni…Gerammm!”

Si Comel Merengek 3

“..Ada benda yang awak tak bagi dia main ni. Dia nak main buaian awak tak bagi”

Si Comel Merengek 2

“Adik Oyen tu tak boleh dikalahkan. Adik balik lambat pun adik kalah jugak”

Si Comel Merengek 1