Telatah kucing ini sentiasa mahu makan curi perhatian warganet!

Telatah kucing ini sentiasa mahu makan curi perhatian warganet!

Memiliki haiwan peliharaan seperti kucing pastinya dapat mengisi rasa kesunyian di rumah. Kucing juga antara haiwan yang bijak dan memiliki pelbagai ragam serta mampu buatkan ramai terhibur dengan telatahnya.

Salah satu kucing bernama Trekkie ini sering sahaja mendapat perhatian warganet kerana perangainya yang cukup unik. Telatah kucing ini sentiasa mahu makan dan sanggup bergolak-gadai untuk dapatkan makanan dimahukan mencuri perhatian ramai.

@trekkiethegreat

Reply to @user52227461 #cat #cats #catsoftiktok #badcat #crazycat #hungrycat #food #foodie #foodlover #foodthief #crackheadenergy #epic #ohfortuna

♬ Carmina Burana – O Fortuna – Hugues Reiner

Dari memanjat untuk merasa makanan, hinggalah menerkam yang ada di dalam bekas, semua pun Trekkie pernah lakukannya. Menurut pemiliknya, Trekkie diberikan makanan cukup setiap hari. Namun kelakuannya yang obses dengan makanan ini membuatkan dia dituduh tidak diberikan makan yang cukup.

Cuba korang perhatikan telatah kucing ini sentiasa mahu makan dalam rakaman berikut:

 

Gigih ya sampai sanggup buka pek makanan guna gigi! Setiap kali nampak orang pegang makanan memang dia yang terkam dulu. Rakaman telatah kucing ini sentiasa mahu makan ini telah membuatkan ramai terhibur dengannya.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini pemilik Trekkie memaklumkan kucing kesayangan mereka itu sudah ‘pergi’ buat selamanya kerana kanser. Di TikTok sahaja Trekkie memiliki lebih 600 ribu pengikut. Sudah pastinya berita ini membuatkan bukan sahaja pemiliknya sedih malah pengikutnya di laman tersebut.