Telatah Jebat sekali lagi tarik tumpuan netizen, tak pasal Sharnaaz kena jadi Spideman pula!

Gelagat comel anak lelaki Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden sentiasa mencuit hati dan membuatkan netizen geram akan kecomelannya itu. Terbaharu, Sharnaaz berkongsi video di laman Instagram menyaksikan dia terpaksa menyarungkan kostum adiwira Spiderman demi memenuhi permintaan Jebat. Comel betul Jebat!
Aduh, dia suruh aku pakai
Sama birthday mestilah sama perangai kan. Yes superhero favorite Baba adalah Spiderman, jadi faham faham ja lah anak jadi lagu mana.
Klip pendek yang dikongsikan Sharnaaz itu telah mendapat lebih 432,073 tontonan di laman Instagramnya. Rata-rata netizen terhibur dengan gelatah comel Jebat yang memaksa ayahnya memakai kostum Spiderman ketika mereka meluangkan masa bersama-sama di rumah.
Kenapa cute sangat ni?!
Sumber: Sharnaaz Ahmad