Telatah burung kakak tua bersedia nak tidur siap berselimut, “Alaa comelnya”

Telatah burung kakak tua bersedia nak tidur siap berselimut, “Alaa comelnya”

Memiliki haiwan peliharaan boleh menjadi peneman hidup. Apatah lagi dengan pelbagai sifat haiwan ini menjadikan kehidupan lebih ceria. Haiwan yang biasanya dipelihara adalah kucing, anjing, burung dan sebagainya.

Bagaimanapun baru-baru ini satu perkongsian rakaman seekor burung kakak tua telah mencuri perhatian ramai. Dalam rakaman itu kelihatan burung kakak tua tersebut sedang baring di atas katil dengan berselimut. Amboi, macam manusia sudah gayanya itu!

Turut kedengaran suara pemiliknya yang memanggil burung kakak tua tersebut dengan nama Cik B. Berikut adalah rakaman burung kakak tua bersedia nak tidur siap berselimut ini:

@zirahazmi6

Cik B cakap Good Night semua.Cik B tido dulu….🥱#parrotlover #sunconure #bestiezira #cikB #fyp

♬ Teman Sejati – Brothers

Alahai comel betul telatah burung kakak tua ini! Macam ye sangat je gayanya haiwan ini tidur atas katil begitu. Apa-apa pun perkongsian rakaman haiwan ini bersedia nak tidur siap berselimut tersebut oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun zirahazmi6 ini telah meraih lebih 100 ribu tontonan dan hampir tujuh ribu likes.

Rata-rata warganet turut teruja menyaksikan telatah haiwan ini. Berikut antara reaksi yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

“Ehh nampak macam burung mainan nampak kepala jaa. Elok laa burung ni bagi dia berdiri atas bahu boleh”

Burung Kakak Tua Bersedia 3

“Amboi…selimut kalah tuan. Jangan lemas dalam selimut nanti”

Burung Kakak Tua Bersedia 2

 

“Ala cutenya parrot tuu. Ingat kan patung tadi..Huhu”

Burung Kakak Tua Bersedia 1