Telatah budak menangis nak kahwin bikin terhibur, “Sabar dik ikut giliran…”

Telatah budak menangis nak kahwin bikin terhibur, “Sabar dik ikut giliran…”

Telatah kanak-kanak memang ada kalanya tidak dapat dijangka dan sering mengejutkan orang dewasa yang melihat mereka. Sama macam gelagat seorang kanak-kanak perempuan ini yang mahu berkahwin sehinggakan dia menangis pada akhirnya.

Gelagat spontan kanak-kanak itu turut mencuit hati netizen apabila dia dengan selambanya meminta untuk berkahwin pada ibunya. Malah rata-rata netizen turut berdekah mendengarkan permintaannya ini yang seolah-olah meminta mainan.

https://vt.tiktok.com/ZSemUuFvS/

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan yang sedang ‘meragam’ dan meminta sesuatu dari ibunya. Malah dia juga siap menarik baju wanita itu yang sedang sibuk untuk menarik perhatiannya.

Sebaik sahaja ditanyakan oleh si ibu, kanak-kanak itu memberitahu dia mahu berkahwin atau kahwin sekaligus membuatkan yang lain berdekah mendengarnya. Dia kemudiannya dipujuk oleh ayahnya yang kemudian mendukungnya untuk dibawa pergi.

gelagat kanak-kanak

Mendengarkan permintaan kanak-kanak itu, netizen berseloroh mungkin juga kanak-kanak itu memaksudkan kek kahwin memandangkan mereka dilihat seperti rombongan yang membawa pengantin.

Di ruangan komen, netizen turut berdekah apabila mendengar permintaan lucu dari kanak-kanak ini. Malah ada yang berseloroh gayanya juga seolah-olah meminta mainan sahaja daripada kedua ibu bapanya itu.

“Sabar dik ikut giliran. Akak dah berkurun beratur nak kahwin ni tapi macam-macam hal jadi.”

kanak-kanak

“Nak kahwin tu mesti nak kek pengantin hahaha.”

kahwin

“Dik, akak pernah buat perangai macam ni dulu tu sampai sekarang tak kahwin-kahwin dik…”

komen

“Mintak kahwin macam mintak mainan.”

tik tok