Tanggal 4 Ogos, letupan Beirut genap setahun, penduduk akui trauma, kaca masih ‘tertanam dalam tubuh
Hari ini, 4 Ogos 2021 genap setahun tragedi letupan di Beirut, Lubnan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 200 nyawa dan mencederakan lebih 6,000 yang lain, lapor South China Morning Post (SCMP).
Sementara itu lapor The Guardian, salah seorang pekerja pelabuhan yang terselamat, Yusuf Shehadi menceritakan semula pengalaman ketika hari kejadian.
Tragedi yang dipercayai berpunca daripada bahan letupan yang disimpan di pelabuhan bandar itu telah memusnahkan tempatnya mencari rezeki lebih sedekad lalu.
Jelas Yusuf, dia sedang menunggu rakannya yang cuba membantu pasukan bomba untuk memadamkan api di pelabuhan itu sebelum ia merebak dengan cepat.
Tidak lama kemudian, satu letupan besar berlaku, membunuh rakan-rakannya serta 210 yang lain, lapor The Guardian.
“Saya telah mengambil nitrat itu daripada pelabuhan ke hangar enam tahun lepas,” katanya mengenai bahan baja yang dipindahkan ke hangar berhampiran pada 2014.
Enam tahun kemudian, ia terbakar dan menghancurkan pelabuhan terbesar di Lubnan.
Rakaman detik kejadian itu dikongsikan semula di laman sosial termasuk Twitter di mana para penduduk tempatan dan mangsa meluahkan rasa kesal dan trauma yang masih menghantui mereka.
Malah, lapor The Guardian, masih ada mangsa yang terpaksa menjalani prosedur bagi mengeluarkan kaca daripada tubuhnya sehingga kini.
Terbaru, Shady Rizk mendakwa telah menjalani pembedahan bagi mengeluarkan kaca berukuran satu sentimeter pada kakinya.
“Hampir setiap bulan, saya temui serpihan baru. Kaca masih tersangkut pada paha, kaki dan saya rasa, dalam tangan saya,” kata pemuda berusia 36 tahun itu.
Jurutera rangkaian itu dikatakan ditimpa serpihan kaca ketika letupan itu berlaku.
“Doktor kata kaca akan terus berada dalam badan saya selama beberapa tahun,” tambahnya.
It was a normal August 4 evening people were living their normal life no one doubt that this might be the last time they'll see their loved ones no one imagined this we thought it was a nightmare but it wasn't 😢
WE WILL NEVER FORGET AND NEVER FORGIVE 💔#BeirutExplosion pic.twitter.com/QQbWZDMwgM— 🦋『M』🇱🇧 (@hanker_ask_var) August 3, 2021
#Beirut #BeirutBlast #BeirutExplosion #BeirutBlast #انفجار_مرفأ_بيروت #٤_آب #Lebanon
FOR JUSTICE FOR LIBERATION
4 Aug 2020 we will never forget pic.twitter.com/IcwnqEpgIU— Gaby Salem (@SalemGaby) August 3, 2021
It’s been a year on #BeirutExplosion which killed hundreds of people, thousands of injuries.
Government still supporting no investigation, the accused politicians still free refusing to obey justice, meanwhile the city is still destroyed and the families crying their beloved ones pic.twitter.com/nF6cEnDF9q— Asaad Hanna (@AsaadHannaa) August 3, 2021
Sumber: SCMP, The Guardian, The Guardian (2), Twitter