Tanah runtuh: 4 sekeluarga pergi bersama, rumah dihiasi lukisan anak-anak

Tanah runtuh: 4 sekeluarga pergi bersama, rumah dihiasi lukisan anak-anak

Semua sedia maklum, sudah masuk hari kelapan operasi mencari dan menyelamat (SAR) namun, mangsa terakhir tanah runtuh  yang dipercayai merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang masih belum ditemui di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm.

Difahamkan, kejadian yang berlaku pada Jumaat lepas itu telah mengorbankan sebanyak 30 individu setakat ini manakala 61 lagi terselamat.

4 sekeluarga telah ‘kembali’ ke rumah semula

Bagaimanapun, empat sekeluarga yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh iaitu Chee Sam dan isteri, Lai See Tin bersama dua orang lagi anaknya, Giselle Lai Yu Xi, 6 dan Jonas Lai Ze Kai , 2, yang dijumpai dalam keadaan tidak bernyawa oleh pasukan penyelamat antara 18 hingga 20 Disember lalu telah ‘kembali’ pulang di Taman Machap Indah, Alor Gajah semalam.

 

@leeana_shop2

rest in peace 🥺#tanahruntuhfatherorganicfarm #batangkali #gentinghighlands #sjkcmunchoong #fatherfarmorganic

♬ อย่างน้อยเราเคยรักกัน – AnAn (อันอัน)

 

Ruang keranda dipenuhi hiasan lukisan anak

Apa yang lebih menyayat hati, ruang keranda sekitar empat beranak itu dikelilingi dengan koleksi mainan dan lukisan dua beradik keluarga Lai itu bagi memperingati mereka.

Difahamkan juga, selain kehadiran Polis Daerah Alor Gajah, hampir 50 ahli keluarga dan penduduk sekitar hadir ke acara pengebumian tersebut bagi memberi penghormatan yang terakhir.

Semoga waris keluarga terus diberi kekuatan

Dalam pada itu, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dengan kejadian tragis yang menimpa keluarga tersebut dan turut berduka dengan pemergian mereka.

Malah, netizen turut menitipkan ucapan takziah buat waris keluarga atas kehilangan insan tersayang dan berharap terus diberi kekuatan dalam menghadapi dugaan itu.

Sumber: Facebook @Bernama@China Press, TikTok @leeana_shop2