Tampar anak sampai tersungkur, tetapi anak tetap pertahankan bapa dari dipukul
Siapa yang tak geram melihat seorang anak kecil dipukul oleh bapanya sendiri di tempat awam. Hal ini bukan sahaja menjatuhkan maruah kanak-kanak tersebut, tetapi juga boleh disifatkn sebagai penderaan.
Bapa pukul anak depan orang
Menerusi satu perkongsian yang tular di Twitter, seorang pengguna dikenali sebagai @admqrie telah memuat naik kembali satu posting yag diperoleh di akaun TikTok berkenaan seorang lelaki memberi amaran kepada seorang bapa apabila dia memukul anaknya sendiri.
Eh bapak jenis apa kau sial! pic.twitter.com/iG7JvVNbJS
— problematic (@admqrie) September 8, 2021
Namun begitu, apa yang membuatkan netizen berasa sebak dalam geram adalah tindakan spontan kanak-kanak berkenaan yang tetap mempertahankan bapanya dari dikasari oleh individu yang merakam video tersebut.
Dia yang telah dipukul oleh bapanya sendiri menghalang tubuh lelaki itu dari terus dikasari perakam video.
Sebak tengok adik tuu
Susulan daripada tularnya video berkenaan, ramai yang telah meninggalkan komen dengan mengecam tindakan bapa kanak-kanak terbabit yang jelas melakukan penderaan kepada anaknya.
Mereka juga turut berasa sedih melihat kegigihan kanak-kanak perempuan itu dalam mempertahankan bapanya yang sudahpun terjatuh dikasari individu yang geram dengan tindakan biadapnya.
Realiti di Chow Kit
Geram tengok dia lempang anak sampai terjatuh
Akibat terjerumus dengan dadah
Menerusi ruangan komen pengguna Twitter itu, salah seorang netizen telah memuat naik tangkapan layar posting dari Facebook mengenai anak beranak tersebut.
Ada yang mendakwa bahawa bapanya merupakan seorang penagih dadah dan mereka hidup dijalanan sekitar Chow Kit. Walau bagaimanapun, kesahihan lokasi tersebut tidak dapat dipastikan kerana belum ada sebarang kenyataan daripada mana-mana pihak.
Nampak dalam post FB. Budak yang sama kan? Or bukan? pic.twitter.com/ret3KMtoJz
— flowerpuff 🇲🇾 (@_sshaa) September 8, 2021