Takut tak jadi kahwin, seorang ibu sanggup biar boyfriend dera anak sendiri
Akibat bimbang perkahwinannya bersama teman lelaki dibatalkan, seorang wanita berusia 19 tahun sanggup mendiamkan diri daripada membela nasib anaknya yang dipercayai didera dengan kejam oleh teman lelakinya di Kota Batu, Jawa Timur, Indonesia.
Kanak-kanak perempuan dicucuh dengan putung rokok
Sekadar gambar hiasan
Menurut Ketua Polis Batu, Nyoman Yogi Hermawan, suspek yang berusia 25 tahun itu dikatakan tinggal di rumah kekasihnya bersama mangsa sejak Ogos lalu hingga bulan Oktober. Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun lima bulan berkenaan dipercayai dicucuh putung rokok serta disimbah air panas.
Walau bagaimanapun, ibu mangsa enggan membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan kerana bimbang perkahwinan bersama kekasih hatinya itu dibatalkan.
Mungkin mereka merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat sebab itu mereka tinggal dalam rumah yang sama sejak Ogos lalu dan sejak itu lah mangsa didera.
Sebab ibu mangsa rasa tertekan. Dia takut kalau tak jadi nikah macam mana yang dirancang.
Hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek melakukan penderaan atas sebab faktor ekonomi di mana dia menganggap bahawa anak kepada teman wanitanya itu adalah bebanan buat dirinya kerana kanak-kanak tersebut bukan darah dagingnya.
Sering bergaduh dengan ibu mangsa
Sekadar gambar hiasan
Dalam pada itu, lelaki berkenaan turut mengatakan bahawa mangsa merupakan seorang yang cerewet dan dia dikatakan sering bergaduh dengan ibu mangsa.
Meskipun mereka belum bernikah, namun mereka telah tinggal bersama secara rasmi. Apabila berlakunya pergaduhan, kanak-kanak tersebut menjadi mangsa untuk dia melepaskan geram.
Ia tercetus kerana ada masalah dengan ibu mangsa. Walaupun belum berkahwin secara rasmi tapi mereka dah tinggal bersama.
Susulan daripada itu, bapa saudara mangsa membuat keputusan untuk melaporkan kes penderaan anak saudaranya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Pihak polis berjaya menahan teman lelaki ibunya dan akan didakwa mengikut undang-undang dibawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak.
Sumber : Kompas