“Tak salah saya pilih watie…Insya-Allah saya tahu mana baik & buruk” – Shuib

“Tak salah saya pilih watie…Insya-Allah saya tahu mana baik & buruk” – Shuib

Pelawak dan usahawan popular, Shuib berharap orang ramai tidak mempertikaikan keputusannya yang mempunyai hubungan rapat dengan seorang wanita dikenali sebagai Watie.

Menurut laporan BH Online, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad berkata, dia menyifatkan perkara tersebut tidak salah kerana lebih mengetahui baik buruk dalam setiap tindakan dilakukan.

 

“Insya-Allah, saya tahu mana baik dan buruk. Saya juga tahu mana okay atau sebaliknya.
“Namun, saya tidak boleh menolak persepsi orang. Cuma, tidak adil untuk orang luar membuat andaian bukan-bukan, sedangkan tidak mengenali Watie.
“Yang kenal dan dikatakan bercinta dengan Watie adalah saya. Jadi, takkan saya mahu merosakkan kehidupan.
“Sudah tentu saya akan menjaga kehidupan saya dan anak-anak sebagaimana ketika bersama Allahyarham Siti Sarah Raissuddin,” katanya yang juga penyampai radio Suria FM.

 

Shuib berkata, dia memahami ramai yang prihatin terhadap dirinya dan anak-anak tetapi berharap tidak berlebihan kerana perlu menjaga hati ramai pihak.

Malah bapa empat cahaya mata itu menjelaskan, keinginan untuk mengenali Watie bukan perkara utama sebaliknya mementingkan ibu serta anak-anak.

 

“Saya fikirkan anak-anak dahulu. Saya mementingkan kesihatan mental mereka. Perjalanan ditempuhi anak-anak sekarang bukanlah mudah, mereka juga perlukan sentuhan seorang ibu.
“Kalau anak-anak gembira, manakala ibu dan keluarga mentua bersetuju, saya akan okay sahaja. Ini kerana saya hanya memikirkan mereka,” luahnya.

Sumber: BH Online (Serimah Mohd Sallehuddin) , Instagram Shuib