“Tak rindu kita ke?” Nur Sajat kembali, jelaskan kenapa senyap di IG

“Tak rindu kita ke?” Nur Sajat kembali, jelaskan kenapa senyap di IG

Usahawan kosmetik terkenal, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang lebih mesra disapa sebagai Sajat dilihat telah kembali ke media sosial baru-baru ini setelah dia memuat naik sebuah hantaran video dan foto menerusi Instagram Storynya.

Menerusi hantaran terbarunya itu, Sajat bertanyakan peminat sama ada perlu atau tidak dia membuat sesi siaran langsung Instagram, semalam.

Sajat IG liveSumber : Instagram Sajat  

Dia dalam pada itu turut bertanya peminat sama ada merinduinya atau tidak.

 

Rindu tak? Tak baik cakap macam tu. Tak rindu kita ke? Sekejap lagi kita nak buat live. Cepatlah..sekejap lagi kita nak buat live, rindu sangat.

Penyanyi lagu Makhluk Penggoda itu juga sempat menjelaskan mengapa dirinya senyap seketika dari media sosial.

Kita selama ni senyap, sebab kita nak buka kedai di lokasi baru. Alhamdulillah dapat supoort yang banyak, terima kasih sangat. Tak sabar rasanya nak buka bisnes baru di tempat baru. Happylah..i’m very excited. Kita nak cakap fasal bisnes je. Kan? Lagi bagus. Lepas tu kita nak cakap fasal macam mana kita macam tu..macam ni. Haa..gitu-gitu. Nak dengar tak?

Ada yang rindu Sajat ke?

SUMBER : Instagram Sajat