Tak ikut ‘team’ balik Malaysia, Caprice akan teruskan misi sendirian

Tak ikut ‘team’ balik Malaysia, Caprice akan teruskan misi sendirian

Kemelut isu berkenaan influencer, Caprice dan juga pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew nampaknya seakan sudah reda apabila Caprice membuat permohonan maaf secara bertulis menerusi Instagramnya.

Dia juga dilihat telah menurunkan  poster pendedahan yang ingin dilakukan pada 21 Julai 2021 selepas mengambil kira pelbagai segi, lebih-lebih lagi ketika mendapat respon yang pelbagai seusai melakukan live IG baru-baru ini.

 

Sudah kemas beg untuk mulakan misi sendirian

Menerusi perkongsiannya yang terbaru di IG story, Caprice memaklumkan yang dia sudah selesai mengemas pakaiannya dan akan meneruskan misinya sendirian kerana semua yang sama-sama menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza tempoh hari akan pulang ke Malaysia.

[Video di insta story]

Akui jihad kali ini paling mencabar

Dia mengakui bahawa perjalanan ‘jihadnya’ kali ini merupakan yang paling mencabar, namun tetap percaya bahawa akan ada hikmah disebalik semua ujian yang diterima.

[Video di insta story]

Terima kasih kepada yang membantu sepanjang di Cairo

Caprice juga turut mengucapkan terima kasih kepada tempatya menginap selama tiga minggu di Cairo dan memaklumkan suatu hari nanti dia akan membuktikan apa yang diperkataan sebelum ini.

[Video di insta story]

Minta maaf sekali

Di akhir video di IG story selebriti tersebut, dia juga sempat memohon maaf sekali lagi diatas semua kata-katanya yang telah mengguriskan hati sesiapa sahaja tidak kira secara langsung ataupun tidak.

[Video di insta story]

Umum sedia tahu bahawa Caprice telah memaklumkan bakal mengikuti misi kemanusiaan ke Gaza lebih kurang tiga minggu lalu.

Walau bagaimanapun, beberapa hari lepas, Caprice telah membuatkan rata-rata warganet berasa terkejut disebabkan ‘perlian’ yang dilakukan di media sosial merujuk kepada seseorang yang turut menjalankan misi kemanusiaan di Gaza baru-baru ini.

Sumber: Instagram Caprice