Tak henti menagis lepaskan suami semula pada keluarga, ramai sebak lihat Ayu

Tak henti menagis lepaskan suami semula pada keluarga, ramai sebak lihat Ayu

Sejak awal tahun ini, Siti Rohayu dan lebih dikenali sebagai Ayu atau Umy ada memberi bayangan akan rumah tangga yang dibina seakan-akan mula goyah dan ada unsur campur tangan orang lain. Sedangkan kisahnya dulu sering sahaja dijadikan inspirasi buat ramai pasangan suami isteri lain kerana cukup cekal menjaga si suami yang dikatakan ‘tiada harapan’ sehinggalah berjaya berdiri kembali.

Buat kali terakhir Umy Ayu bersama Abi

Namun harini terjawab sudah apabila Umy melalui laman Facebook miliknya mengesahkan sudah pun selesai menguruskan urusan perpisahannya dengan suami. Ketika menuju masuk ke dalam perkarangan Mahkamah Syariah Daerah Besut, pasangan suami isteri berkenaan dilihat masih merangkul tangan masing-masing dan berjalan penuh sayu.

 

@mummy_beauty

buat kali terakhir umy ayu bersama abi😭😭😭satu dunia menangis keranamu😭#fypシ #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – officialgtvid – officialgtvid

Anggap ini pertemuan terakhir untuk selesai masalah ni…Umy pun dah tokse keluarga dia ganggu Umy ke, mari dumoh ke (minit ke 9:30)

Selesai dan terlafaznya saja talak daripada si suami, Umy yang ditemani rakan serta ahli keluarganya yang lain terus melangkah keluar. Sempat lagi wanita itu berpesan kepada lelaki tersebut untuk menjaga diri buat kali terakhir. Ketika di dalam kereta, dia jelas tidak dapat menahan sebak dan menegaskan selepas ini akan memulakan hidup baru dan berharap tiada lagi sebarang gangguan daripada pihak lain seperti sebelumnya.

Tak Henti Menangis Lepaskan Suami Semula Pada Keluarga, Ramai Sedih Lihat Ayu 2

 

 

Umy lagilah terkesan sebab dah jaga dia dari tiada harapan langsung sampai dia sembuh (minit ke 10:20)

Dalam nada tersekat-sekat, Umy berharap tiada yang membuat spekulasi bukan-bukan dan menuduhnya membuta tuli kerana ambil keputusan sedemikian. Jelasnya, antara yang paling terkesan dalam perpisahan ini sudah tentulah ibunya kerana dulu banyak bantu menjaga menantu sehingga sihat.

Kredit: TikTok mummy & Facebook Siti Rohayu