“Tahniah Mohd Syamsul” Alhamdulillah Mat Kilau kutip RM90 juta – Puteri Sarah
Ramai mengetahui rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof sedang bergolak kerana kehadiran orang ketiga.
Namun, itu tidak menghalang aktres berusia 37 tahun mengucapkan tahniah kepada suami tercinta apabila jualan tiket filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mendominasi pawagam tempatan dengan kutipan mencecah RM90 juta selepas 33 hari ditayangkan.
“Tahniah kepada Mohd Syamsul dan juga produksi Mat Kilau sepanjang menyiapkan filem yang kini menjadi naskah paling laris dalam sejarah perfileman tempatan. “ucapnya.
Memetik portal OhBulan!, ibu kepada dua orang cahaya mata itu memberitahu dirinya menjadi saksi melihat proses pembikinan filem epik tersebut ketika sedang hamil anak kedua iaitu Sumayyah.
Puteri Sarah berkata, biarpun pada ketika itu dia sedang hamil namun itu tidak menghalang dirinya turun ke set penggambaran filem bagi memberikan sokongan kepada suami.
Sebagai saksi semasa pembikinan filem dari awal, Puteri Sarah mengatakan dia mengetahui segala proses yang dilalui termasuk masalah di set penggambaran dan proses suntingan dibuat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dalam pada itu, pelakon drama Melastik Ke Hatimu meluahkan penghargaan atas usaha kerja keras barisan pelakon dan kru yang menjadi tonggak utama kejayaan filem tersebut pada hari ini.
“Berbanyaklah tahniah kepada pelakon, team kru yang paling penat sekali dan juga pengarah. Alhamdulillah syukur rezeki dapat RM90 juta sebab ramai yang berdoa.
“Kepada produksi Studio Kembara yang bakal dapat RM90 juta itu, tahniah!”katanya.
Sekadar info, filem Mat Kilau mula ditayangkan sejak 23 Jun lalu dibawah terbitan Studio Kembara Sdn Bhd dan diterajui oleh barisan pelakon yang hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Khir Rahman, Fattah Amin Johan As’ari dan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian.
Sumber: OhBulan! (Zulaikha)