Tahniah! Ernie Zakri dan Syamel atas kelahiran anak sulung

Tahniah! Ernie Zakri dan Syamel atas kelahiran anak sulung

Penyanyi, Ernie Zakrie selamat melahirkan cahaya mata pertama pada pukul 10.14 pagi, hari ini. Berita gembira itu dikongsi oleh Ernie dan suaminya Syamel menerusi posting di Instagram. Tahniah!

Selamat lahirkan bayi perempuan

 Assalamualaikum, syukur Alhamdulillah. Cinta Hati Daddy dan Ibu telah selamat dilahirkan pada 22.02.2022 pada jam 10.14 pagi tadi. Doakan kami berdua.

Jelas Syamel, tarikh berkenaan merupakan tarikh yang mudah untuk diingati bagi kelahiran cahaya matanya itu.

Dalam pada itu, Syamel memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan isteri serta bayi perempuannya itu berada dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmatNya.

Senang Daddy ingat birthday. Doakan kesihatan anak solehah Bangmel dan Kak Ninie dan semoga mereka berdua berada dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmatNya.

Terdahulu, Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 di Masjid Alam, Selangor.

Tahniah Ernie & Syamel