Syukur mak ayah masih boleh ‘duk’ semeja makan bersama dengan cucu walaupun sudah 15 tahun berpisah

Syukur mak ayah masih boleh ‘duk’ semeja makan bersama dengan cucu walaupun sudah 15 tahun berpisah

Walaupun pahit untuk diakui, tapi kita semua maklum bahawa tidak semua perkahwinan akan berkekalan sehingga keakhirnya. Perpisahan yang berlaku antara ibu dan bapa akan memberi kesan dalam terutama sekali kepada anak-anak.

Walaupun tidak mudah untuk pasangan tersebut hidup bersama, namun masih ada yang mampu berdamai demi peranan sebagai ibu bapa.

Begitu juga dengan sebuah perkongsian video di TikTok oleh pemilik akaun Byran.my yang merakamkan detik dimana kedua orang tuanya yang sudah berpisah masih mampu untuk duduk makan bersama.

Menerusi video tersebut, dilihat ibunya sedang mengisi lauk ke dalam pinggan bapanya walaupun mereka sudah berpisah selama 15 tahun. Pemilik akaun tersebut turut menyatakan rasa bersyukur kerana mereka sekeluarga masih boleh meluangkan masa bersama ibu bapanya walaupun jodoh mereka tidak panjang.

Dia juga menunjukkan rasa bersyukur kerana ibu bapanya mampu memberikan kasih sayang sebagai atuk dan nenek kepada cucu dengan baik.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut anda boleh menonton video perkongsian di bawah.

@byran.myMy happy pills 🤍 #blessed #family #fyp

♬ Seribu Kemanisan – Siti Nurhaliza

 

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen turut tumpang gembira dan mendoakan mereka sekeluarga.

Kredit: TikTok Byran.my
Kredit: TikTok Byran.my
Kredit: TikTok Byran.my

Sumber: Byran.my

COMMENTS