Suhu tinggi mendadak, anak PU Abu kini tidak stabil kerana dijangkiti COVID-19

Suhu tinggi mendadak, anak PU Abu kini tidak stabil kerana dijangkiti COVID-19

Anak kepada Pencetus Ummah (PU) Abu iaitu Muhammad Adam Aysar yang disangka hanya mengalami demam panas rupa-rupanya telah disahkan menghidapi COVID-19.

 

Perkara tersebut dimaklumkan PU Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi ketika dihubungi sebuah media baru-baru ini.

Ujar Abu, anak lelakinya yang berusia tiga tahun itu telah mengalami demam panas sehingga mencecah suhu 40 darjah Celsius dan segera dikejarkan ke Hospital Klang pada hari Ahad yang lalu.

 

“Anak saya Aysar disahkan positif COVID-19 dan keadaannya sekarang tak berapa stabil. Ada masanya suhu okay, lepas tu kadang-kadang suhu naik semula sampai 40 darjah celcius. Sekarang ini anak saya di bawah pemantauan doktor dan dijaga ibunya..”

Dalam pada itu, Abu ibu Aysar masih belum dapat mengenalpasti punca jangkitan tersebut berikutan dia dan isteri tidak dijangkiti virus berkenaan.

Adam AysarSumber : Instagram Ain Afini  

Sehubungan dengan itu, PU Abu memohon doa daripada orang ramai agar mendoakan kesihatan anaknya itu kembali pulih dan cepat sembuh seperti sedia kala.

Sekadar info, Muhammad Adam Aysar merupakan anak hasil perkahwinan PU Abu bersama Ain Afini Latif pada Ogos 2018 yang lalu.

 

SUMBER : mStar Online