Suasana bermain jadi lebih riuh bila Jebat sebut ‘awek cantik’! – “Siapa ajar tu”

Gelagat anak seorang selebriti yang diberi nama Jebat Jayden ini nampaknya semakin hari makin mendapat tempat di hati warganet. Merupakan anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dan usahawan, Noor Nabila, Jebat Jayden sangat comel dan bijak.
Malah video-video si cilik ini yang dimuat naik di sosial media kerap kali dilihat dirinya cukup selamba dan tidak dibuat-buat. Biasalah anak kecil memang tulus!
Bagaimanapun dalam satu perkongsian rakaman terbaharu Jebat ini dilihat dia sedang sibuk bermain sticker pelbagai karakter. Namun apa yang mencuri perhatian ramai apabila baba, Sharnaaz Ahmad bertanyakan apakah sticker diambil anak kecil ini.
Tidak lama kemudian kedengaran Jebat menyebut ‘awet cantik’ membuatkan suasana bermain jadi riuh. Kenapa bijak sangat si kecil ini? Berikut adalah rakaman tersebut yang dimuat naik di Instagram Sharnaaz Ahmad ini:
Perkongsian rakaman suasana bermain jadi riuh gara-gara Jebat Jayden ini telah meraih lebih 172 ribu tontonan. Rata-rata warganet terhibur dan meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:
“Pandai sungguh Jebat ni…Ikut babah sungguh. Cari yang cantik je”
“Pandai dia sebut awek cantik. Kemain lagi si rambut cendawan ni”
“Halamak hang cari awek cantik Jebat”