“Suara pun sama” Wanita akui malu wajah di piji seakan Fazura
Jika terdahulu tular mengenai pekerja asing (warga Nepal) mempunyai wajah seiras Datuk Awie, kali ini seorang wanita dengan akaun TikTok Elle pula menjadi perhatian netizen kerana sebab yang sama. Hasil perkongsian video santainya yang dimuat naik beberapa hari lalu, siapa sangka ramai menyamakan mukanya dengan selebriti terkenal, Fazura.
You finally noticed me…Jom kita minum kopi buat TikTok sama-sama
Selain aspek kecantikan dan bentuk muka yang mirip, ramai terkejut kerana cara Elle bercakap juga benar-benar sama dengan Fazura. Penularan video itu turut disedari oleh artis popular berkenaan sebelum dia menitipkan komen “Oh, hai twins” kepada Elle. Bukan perkara baru, malahan sejak dahulu lagi ada rakan-rakan yang memuji persamaan antara mereka berdua.
@ellezacksteak Replying to @sotset
♬ original sound – Elle & Zack Ribeye Steak – Elle Zack Steak
@ellezacksteak Replying to @JANAHH
♬ original sound – Elle & Zack Ribeye Steak – Elle Zack Steak
Saya bukan siapa-siapa…Takde pertalian pun dengan Fazura
Cuma bergelar orang biasa, Elle menerusi temubual mStar sebentar tadi akui sedikit malu apabila disamakan dengan pelakon hebat tersebut. Meskipun pengikutnya naik mendadak setelah viral, wanita ini menyifatkan dia hanya menjadi diri sendiri dan langsung tiada niat meniru Fazura.
Tak baca komen atas tu, ingat tengah dengar Fazura bercerita…Repeat 2 kali baru perasan bukan Fazura
Melalui ruangan komen, ribuan netizen berkongsikan rasa teruja kerana Elle dan Fazura tak ubah seperti adik beradik kembar. Malahan kali pertama mendengar wanita itu bercakap, mereka menyangka sedang menyaksikan video milik Faz.
Kredit : Portal mStar & TikTok Elle Zack Steak