Stadium bola sepak terbesar dunia di Maghribi macam khemah gergasi

Stadium bola sepak terbesar dunia di Maghribi macam khemah gergasi

 

Maghribi akan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030 bersama Portugal dan Sepanyol.

Pembinaan prasarana untuk acara sepak ini telahpun bermula dan kini rekaan stadium bola sepak terbesar dunia telahpun diperlihatkan.

Grand Stade Hassan II bakal mempunyai kapasiti 115,000 penonton membolehkan ia memintas Camp Nou yang boleh menempatkan 105,000 penonton.

Yang menjadikan stadium ini menarik ialah ia mengambil inspirasi daripada khemah perayaan Mawsim yang disambut penduduk Maghribi.

Ia bukan sekadar elemen rekaan kosong tetapi akan menjadi kanopi yang akan melindungi penonton daripada sinar matahari yang panas.

Stadium ini direka oleh firma senibina Oualalou + Choi.

Ini bukan kali pertama khemah tradisi Arab dijadikan inspirasi untuk sebuah stadium bola sepak.

Sebelum ini untuk Piala Dunia 2022, Stadium Al Bayt telahpun dibina dengan elemen khemah Badwi.

Pembinaan sudahpun dimulakan dalam kawasan sebesar 100 hektar di bandar El Mansouria berhampiran kota terkemuka Casablanca.

Piala Dunia 2030 akan menggunakan 17 stadium tetapi Grand Stade Hassan II ialah satu-satunya stadium baharu yang akan dibina.

Selepas acara ia digunakan oleh dua pasukan bola sepak liga Maghribi.