Si comel mahu udang, bila diberi lain pula reaksinya, “Apalagi yang kurangnyaaa”

Si comel mahu udang, bila diberi lain pula reaksinya, “Apalagi yang kurangnyaaa”

Kadang-kadang memang susah nak faham perangai haiwan peliharaan seperti kucing. Ini kerana setiap kucing memiliki makanan kegemaran masing-masing dan tersendiri. Ada yang suka makan ayam dan ikan. Ada juga yang sejenis suka makan makanan tertentu sahaja.

Namun begitu, baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan telatah seekor kucing comel telah mencuri perhatian ramai. Dalam perkongsian tersebut di awal rakaman kelihatan individu mengeluarkan bungkusan dari peti ais. Seekor kucing berbulu kelabu gebu mengiaw seakan sedang meminta sesuatu.

Rupa-rupanya individu tersebut mengeluarkan udang beku dan mula merebusnya. Dikeluarkan dan dihidangkan kepada kucingnya itu. Namun sungguh tidak disangka, si comel mahu udang itu mula memberikan reaksi tidak suka. Berikut adalah rakaman yang dikongsikan ini:

@the_scottish_kingNot again… #cat #shrimp #huek

♬ Put Your Head On My Shoulder – Giulia Di Nicolantonio

 

Perkongsian rakaman si comel mahu udang namun tidak sukakannya yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun the_scottish_king ini telah meraih lebih 6.5 juta tontonan dan lebih 868 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Tak sangka langsung ending dia macam tu sekali”

Si Comel Mahu Udang 4

“Katanya ‘mau’. Lepas dikasi malah uwaaaaakkkk. Macam mana lah kucing”

Si Comel Mahu Udang 3

“Kalau kucing aku belum sempat nak masak dulu dah dibedalnya udang tu”

Si Comel Mahu Udang 2

“Udah di kasih malah huek huek kucingnya”

Si Comel Mahu Udang 1