Shuk Sahar nak ‘let go’ banglo Rm1.2 juta
Sejak tular beberapa hari lalu rakaman terbaru mengenai seorang pengacara iaitu Shuk Sahar, namanya kini kembali menjadi sebutan ramai. Mana taknya, ramai sekali orang di luar sana mendakwa beberapa kali terserempak dengan artis tersebut bersiar-siar dengan seorang wanita lain.
Semua orang nak jadi baik…Selingkuh pilihan bukan kebetulan
Terdahulu semalam, bekas penyampai radio Hot FM berkenaan sempat melakukan sesi Live di ruangan TikTok. Salah satu statement yang dikeluarkan artis selebriti lelaki berkenaan bagaimanapun tular apabila dia mengakui tidak langsung bahagia dengan kesilapan bermain kayu tiga yang telah dilakukan.
Shuk nak jual rumah, sebab perlu duit untuk teruskan hidup
Dalam pada itu, Shuk juga turut mengumumkan kini perlu duit untuk teruskan hidup serta jalankan perniagaan. Justeru, bapa kepada dua orang anak tersebut mengambil keputusan yang cukup berat untuk menjual rumah banglo miliknya di Denai Alam. Aset berkenaan cadangnya ditawarkan dengan harga RM1.2 juta.
Isteri tu salah satu cabang rezeki…Allah sedang uji dia, nasib kita belum tentu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut mendengar pengumuman yang dibuat Shuk secara publik berkenaan. Selain itu, ramai turut berkesempatan menasihati lelaki tersebut untuk mengambil iktibar di atas apa yang terjadi.