Shuib syukur dapat jumpa & sentuh Ayash Affan – “Comel sangat2, kuat menyusu dia”

Shuib syukur dapat jumpa & sentuh Ayash Affan – “Comel sangat2, kuat menyusu dia”

Pelawak Shuib Sepahtu sudah berjumpa dengan cahaya mata bongsunya Ayash Affan buat kali pertama hari ini yang masih berada di di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HTCM), Cheras berikutan kelahiran pra-matang pada 6 Ogos lalu.

Menerusi perkongsian di InstaStory, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad memberitahu anak keempatnya itu dalam keadaan sihat selain gembira dapat meluangkan masa selama tiga jam di hospital.

“Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Nikmat yang cukup indah bila dapat luangkan masa tiga jam dengan Ayash Affan. Syukur, Ayash sihat,” tulisnya sebenar tadi.

Menurut Shuib yang juga usahawan popular berusia 37 tahun itu, berat Ayash juga telah mencecah 2.6 kilogram (kg) selepas dikeluarkan dari inkubator bulan lalu.

 

“Berat dah 2.6 kg, menyusu kuat dan comel sangat-sangat,” kongsinya teruja.

Selain itu, dia turut berkata wajah bayi tersebut mirip dirinya yang disifatkan sebagai hadiah istimewa daripada arwah isteri Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia akibat Covid-19 di HTCM pada 9 Ogos lalu.

“Muka macam daddy la ibu (panggilan Allahyarham). Allahuakbar, i wish you were here sayang. I love you,” luahnya.

Terdahulu, Shuib berkongsi perasaan teruja apabila akan melihat dan menyentuh anaknya buat kali pertama selain memegang kata-kata Allahyarham untuk menjaga tiga lagi zuriat mereka dengan sebaiknya.

Sumber: Instagram Shuib