Shuib pilih sepupu jadi ibu susuan Ayash Affan – ‘Saya fikir masa depan anak, takut terkahwin pula jadi masalah nanti’
Pelawak dan usahawan Shuib, 37, memilih untuk mendapatkan susu ibu dalam kalangan keluarga sendiri untuk anak pramatangnya, Ayash Affan.
Sepupu baru dapat anak
Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkata dia memutuskan untuk menjadikan sepupunya sebagai ibu susuan kepada Ayash Affan. Katanya, keputusan ini dibuat setelah berbincang sesama ahli keluarga.
Selepas kita berbincang dengan keluarga, alhamdulillah ada di kalangan keluarga saya iaitu sepupu saya yang baru sahaja melahirkan anak dalam enam bulan.
Takut terkahwin pula
Tambah bapa kepada empat cahaya mata itu, dia meluahkan rasa bimbang terhadap masa depan Ayash Affan sekiranya mendapatkan susu badan daripada pihak luar.
Takut juga masa depan nanti kita tak tahu apa nak jadi. Takut terkahwin pula..jadi masalah nanti. Jadi, saya ambil dalam kalangan keluarga.
Dalam pada itu, suami kepada Allahyarham Siti Sarah Raissuddin turut mengucapkan terima kasih kepada rakan artis dan rakyat Malaysia yang berniat untuk menolongnya mendapatkan bekalan susu ibu.
Bukan sahaja Tilla (Syatilla), ramai lagi rakan artis yang saya pun tak sebut nama dia. Ramai juga orang yang saya tak kenal tapi sudi nak bantu saya. Yelah..susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi.
Saya harap Allah balas ganjaran kepada semua orang yang ada sejak hari pertama bersama-sama dengan saya. Terima kasih juga yang doakan kekuatan untuk diri saya.
Kalau la ada perasaan seperti saya yang merindukan arwah, jangan terlalu berduka. Takut dia (Allahyarham Siti Sarah) sedih. Bila kita teringat, sedekahkan al-Fatihah.
Shuib berkata demikian ketika sesi temu bual bersama Melodi yang disiarkan pada Ahad lalu.
Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia 9 Ogos lalu selepas tiga hadir ditidurkan dan bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sumber: Youtube TV3MALAYSIA Official