Setia jaga ibu terlantar sakit, lelaki meningggal dunia di sebelah katil ibu

Setia jaga ibu terlantar sakit, lelaki meningggal dunia di sebelah katil ibu

 

Sepanjang bulan Ramadan yang mulia ni, dah banyak cabaran dan dugaan yang dialami oleh sesetengah orang macam kes kebakaran, kemalangan jalan raya, perniagaan merosot dan tak lupa juga mereka yang ‘pergi’ dalam keadaan mulia.

Sama juga bagi kisah seorang lelaki warga emas ini yang meninggal dunia sewaktu menjaga ibunya dipercayai akibat darah tinggi di kediaman mereka dekat Puchong, Selangor, petang semalam.
Kisah menyayat hati ini dikongsi di akaun Facebook Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih (PSSK) yang memuatnaik sekeping gambar memaparkan jenazah Allahyarham Mohd Feisal Izrael terbaring di sisi ibunya yang terlantar sakit di katil hospital.

Meninggal Disisi Ibu😭.Puchong, 29 April 2022.Sedang ramai tidur lena seawal jam 4 pagi kami masih Bertugasan….

 

Menurut posting tersebut, difahamkan arwah yang berusia 62 tahun ini sudah lama menjaga ibunya yang uzur dan sakit sebelum arwah ditakdirkan menghembuskan nafas terakhir di bulan Ramadan ini.

Pihak PSSK juga menjelaskan bahawa ketika waktu nak berbuka puasa apabila menantu dan anak Allahyarham pulang ke rumah dan masuk ke bilik nenek, mereka ingatkan ayah mereka tengah tidur. Bila cuba dikejutkan rupanya si ayah telah meninggal dunia di samping nenek.

Perkongsian ini juga memaklumkan bahawa jenazah Allahyarham telah dibawa ke sebuah surau di Presint 20, Putrajaya sebelum dikebumikan di sebuah tanah perkuburan berhampiran pagi ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengirimkan Al-Fatihah selain mendoakan agar arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman dan beramal soleh.

“Allahuakbar, mulia sungguh pemergian beliau” – Komen netizen

Komen Pergi

Hari Jumaat, bulan Ramadan, sememangnya pemergian yang dicemburui setiap orang Islam.