Sesak & padat, buku teks sains tahun 6 teruk kena kecam

Sesak & padat, buku teks sains tahun 6 teruk kena kecam

Selain dari masalah beg berat, terdapat beberapa lagi isu yang merisaukan ibu bapa mengenai pembelajaran anak mereka di sekolah ketika ini.

Salah satu darinya ialah mengenai isi kandungan buku teks sekolah pada hari ini yang berserabut dan membebankan pemikiran murid sekolah rendah.

Seperti yang dibangkitkan oleh Dr Othman Talib di laman Facebooknya, isi kandungan buku teks Sains Tahun 6 pada hari ini didapati terlalu sesak dan padat.

Ini sudah tentu menyukarkan lagi murid-murid untuk lebih mudah belajar dan memahami fakta yang ingin disampaikan.

Ahli panel yang bertanggungjawab menggubal dan meluluskan penerbitan buku teks sekolah ini harus memperbaiki lagi mutu persembahan isi kandungannya demi kualiti pendidikan negara pada masa akan datang.

Othman Talib

Sains Tahun 6

Baru pagi ada masa nak jenguk buku teks Tahun 6 yang orang rumah beli beberapa minggu lepas.

  1. Panas juga hati aku bila nampak kotak-kotak yang diletakkan gambar PENSEL yang aku dah komen dulu.
  2. Ramai ibu bapa beli buku ini dengan duit sendiri.. tetapi tidak boleh guna kerana semua kotak diletak gambar pensel. Tolonglah.. gambar pensel tu adalah ikon bagi ‘edit’.. letakkan luar kotak atau dalam arahan sebab ini buku… bukan skrin komputer.

Othman Talib

  1. SESAK dan PADAT adalah ciri utama buku teks sekolah dan paling serius dalam buku teks Sains. Murid pun tak tahu apa yang penting dan apa yang tidak kerana semuanya cuba dimasukkan. Jika buka buku Sains dan lepas tu buku Maths untuk baca.. boleh ‘trauma’..
  2. Fakta yang mudah dalam Sains ditulis dengan panjang lebar dengan dialog dan lukisan kartun yang melemaskan.

Othman Talib

  1. Dialog-dialog inilah yang patut berlaku secara intensif dan autentik antara guru dan murid semasa PdP atau semasa explorasi.. BUKAN ditulis menjela-jela dalam buku teks sekolah… 🔥
  2. TERLALU BANYAK DISTRACTOR sebaik sahaja buku teks Sains ini dibuka. It’s too much for elementary school.. too much!

C Othman Talib

  1. Murid ada yang language intelligence, number intelligence, interpersonal intelligence, kinestatic intelligence dan semua intelligences ini perlu digarap dengan aktiviti.. interaksi.. eksplorasi .. ICT… maka persembahan perlu ringkas dan mudah untuk fokus kepada idea-idea utama untuk murid berikan tumpuan.
  2. White space… mana white space? Aku sendiri tertutup selera nak baca buku ini .. OMG

D Othman Talib

  1. Apa motif wujudnya buku teks seperti ini yang menyesakkan dada anak-anak arus perdana. Bukalah apa pun buku Sains Year 6 antarabangsa.. anda tidak akan ketemu satu buku sepadat dan sesesak buku Sains ini dengan persembahan diberikan kepada idea utama..big idea atau core concepts.
  2. Ada sesiapa boleh tolong jelaskan kenapa ini berlaku… untuk apa dan kenapa ia terus menerus berlaku?

Bagaimana sesak buku ini.. mungkin begitulah sesaknya minda mereka yg meluluskan buku seperti ini..

OT

Othman Talib

Di ruangan komen beliau pula, didapati beberapa netizen turut mengambil kesempatan untuk memberikan pendapat.

“Pengsan.. 1st page terus tak faham.” – Anim Zalina Azizan

“Maaflah. Saya pun serabut mata tengok gambar pertama. Saya tak teruskan ke gambar seterusnya. Serabut.” – Amrul Azmi Mizan

“Serabut perut. Tak da selera nak mandangSian bebudak weh…..” – Yahya Saaid

Sumber & kredit foto: Facebook Othman Talib