Sering digasak netizen mengenai zuriat, Zulin Aziz akui tertekan “aku baru gugur, sabar la”

Sering digasak netizen mengenai zuriat, Zulin Aziz akui tertekan “aku baru gugur, sabar la”

Setiap pasangan pasti mengimpikan cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga bersama pasangan yang dicintai. Mana tidaknya, anak merupakan pelengkap dan penyeri bagi sesebuah rumah tangga.

Tidak terkecuali, pengacara, Zulin Aziz meluahkan rasa kecewa apabila terdapat segelintir individu apabila sering mengajukan pertanyaan sensitif mengenai zuriat selepas mendirikan rumah tangga bersama suaminya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @ciknajihah di laman TikToknya, kelihatan Zulin sedang make-up sambil membuat siaran langsung bersama pengikut di TikToknya.

 

@ciknajihah

Jangan lah jadi mulut puaka sangat 😭 #perjuangan2line #prengnant #sunscreen

♬ original sound – Cik Najihah – Cik Najihah

Dalam video itu, Zulin memaklumkan dia sering mendapat soalan bila akan mendapat zuriat yang telah membuatkan hatinya terguris memandangkan dia baru sahaja mengalami keguguran pada bulan lepas.

“Saya baru lepas gugur, orang tanya saya bila nak ada baby. Saya rasa nak penampar orang itu. Sabar la… Saya baru gugur bulan lepas,” katanya.
Ujarnya, pengacara yang berusia 32 tahun itu meminta agar orang ramai bersabar dalam menantikan zuriat dalam keluarganya dan meminta agar elak untuk bertanya mengenai soalan sensitif.
“Kalau nak tanya soalan walaupun kita tidak tahu, elak tanya soalan sensitif. Kau tidak ada common sense kalau tanya soalan. Macam dulu, waktu single, orang tanya bila nak kahwin… kalau aku kahwin dengan suami kau, baru tahu!,”ujarnya lagi.

Netizen pun alami perkara yang sama!

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sama seperti yang dialami oleh Zulin selepas berkahwin kerana sering diajukan soalan berkaitan anak oleh masyarakat sekeliling.

Abaikan! Jangan layan. Semoga Zulin dikurniakan anak

Bukan itu sahaja, netizen menasihati Zulin agar abaikan segala tomahan negatif yang dilemparkan oleh orang sekeliling dan mendoakan agar selebriti itu dikurniakan zuriat kelak.

Sumber: TikTok @ciknajihah