Sempena Hari Malaysia, rakyat membanjiri tren dengan berpakaian tradisional

Sempena Hari Malaysia, rakyat membanjiri tren dengan berpakaian tradisional

Hari ini 16 September 2022 merupakan Hari Malaysia dan pastinya waktu ini seluruh rakyat Malaysia meraikannya setelah 2 tahun tidak dapat menikmati kemeriahan seperti ini akibat pandemik Covid-19.

Disebabkan itu, hari ini kita dapat melihat ramai rakyat Malaysia ‘lepas geram’ untuk ‘turun ke padang’ dengan membanjiri tren-tren yang ada menggunakan busana tradisional.

Di Twitter, menerusi hashtag #keretapisarong2022, dapat dilihat stesen-stesen tren sesak dengan orang ramai dan seperti berada di Tanah Melayu versi moden kerana masing-masing memakai kain sarong.

 

#keretapisarong2022

Meriah! Dari pagi tadi sehingga tempoh artikel ini ditulis dilihat orang ramai berkerumun di stesen LRT dan MRT, malah ada yang menyanyikan lagu-lagu patriotik dan lagu-lagu tradisi melayu.

 

 

Whatsapp Image 2022 09 16 At 8.30.40 Am Whatsapp Image 2022 09 16 At 9.59.05 Am

Menuju ke lokasi rahsia?

Team Lobak Merah juga kini turut berada di lokasi tersebut dan berdasarkan info yang kami terima, sepanjang jam 10 pagi tadi, skuad kami menaiki stesen LRT dari Subang ke KL Sentral dan mereka berjalan ke stesen MRT untuk menuju ke lokasi rahsia dan lokasi tersebut merupakan Pavilion.

Sarong Sarong 2 Sarong 3

Setibanya mereka di Pavillion, mereka semua berkumpul dan meraikan Hari Malaysia dan sekitar jam 10.40 pagi, mereka menyanyikan lagu Jalur Gemilang.

Wahh! Meriahnya! Selamat Hari Malaysia!