Sempat video call sebelum hembus nafas terakhir, Bapa mertua influencer Aleeya Zailan meninggal dunia

Sempat video call sebelum hembus nafas terakhir, Bapa mertua influencer Aleeya Zailan meninggal dunia

Belum seminggu menjejakkan kaki di Tanah Suci bagi tujuan menunaikan umrah, Aleeya Zailan menerima duka pemergian bapa mentuanya. Haji Abdul Aziz Baharum atau lebih mesra digelar dengan nama Tok Aziz menghembuskan nafas terakhir pada jam 5:22 pagi, tanggal 21 Disember iaitu Rabu lalu.

Kami balik Malaysia tak? Jawapannya tak…Atok Aziz dah selamat dikebumikan

Bagi menjawab persoalan ramai, usahawan ini menjelaskan mereka tidak balik ke Malaysia dan akan meneruskan ibadah tersebut. Hanya doa dari jauh sahaja yang dapat dikirimkan dengan harapan semoga Allahyarham Tok Aziz tenang di kalangan orang beriman.

Sempat Video Call Sebelum Bapa Tutup Mata, Bigboss Imamkan Solat Ghaib Di Mekah

Sempat Video Call Sebelum Bapa Tutup Mata, Bigboss Imamkan Solat Ghaib Di Mekah

Sedih sangat kami tak dapat bersama abah di saat-saat terakhir

Dalam sebuah video terbaru yang dikongsikan, Aleeya berkata mereka sudah membuat solat ghaib untuk Tok Aziz. Dia juga meminta doa ramai semoga mereka dapat menunaikan satu umrah lengkap yang diniatkan atas nama Allahyarham. Sering dilihat ceria, wajah sugul Bigboss ketika video call kali terakhir dengan bapanya cukup menghibakan ramai.

 

@aleeyazailanavenys

sedih sangat kami tak dapat bersama abah ketika saat terakhirnya😭 Allah maha mengetahui dan ini adalah dugaan buat kami sekeluarga sementara berada disini. Anak-anak semua rindukan abah… mereka sayang sangat kat atok aziz ni. manjanye mereka dgn atok aziz x yah cakap la. semoga Abah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-fatihah (dibaca)

♬ Bila Waktu T’lah Berakhir – Opick

Walau tak kenal, kami selalu tengok Tok Aziz dalam live Aleeya…Takziah

Walaupun tiada sebarang pertalian, netizen ikut sedih kerana mereka sering melihat kemunculan Tok Aziz video-video live Aleeya. Pemergian lelaki berumur itu juga cukup memberikan kesan dan ratusan orang telah mengucapkan salam takziah kepada pihak keluarga.

Sempat Video Call Sebelum Bapa Tutup Mata, Bigboss Imamkan Solat Ghaib Di Mekah

Sempat Video Call Sebelum Bapa Tutup Mata, Bigboss Imamkan Solat Ghaib Di MekahSempat Video Call Sebelum Bapa Tutup Mata, Bigboss Imamkan Solat Ghaib Di Mekah

Kredit : FB Aleeya Zailan, TikTok Aleeya Zailan, IG Aleeya Zailan