“Selesai dengan baik, tak payah gaduh-gaduh”, Sharnaaz Ahmad tempelak Caprice buat netizen puas hati

“Selesai dengan baik, tak payah gaduh-gaduh”, Sharnaaz Ahmad tempelak Caprice buat netizen puas hati

Lebih 200 ribu tontonan Instagram Live yang dibuat antara Caprice dan pelakon Sharnaaz Ahmad semalam.Menerusi platfom tersebut  Caprice didakwa cuba untuk mendedahkan sesuatu perkara yang telah terjadi ketika kunjungannya ke bumi Palestin.

Kenyataannya yang mendakwa isu saluran bantuan tidak diserahkan kepada rakyat Palestin itu telah undang kemarahan segelintir rakyat Malaysia termasuk Sharnaaz Ahmad.

 

‘Hilang respect pada you’

Menerusi perbualan Live Instagram tersebut, Sharnaaz menasihati Caprice supaya tidak memperbesarkan isu berlaku di Palestin sehingga ianya mengundang perhatian rakyat Malaysia. Malah, tindakan yang dilakukan Caprice itu membuatkan Sharnaaz dan segelintir rakyat Malaysia hilang rasa hormat kepadanya setelah didakwa memburukkan seseorang yang dikenali ramai.

Untuk membuat kerja secara ikhlas, there is b******* bro untuk orang selalu buat. Tetapi kena faham, di belakang dia orang ada yang sokong mereka. So, apa yang kau nampak di sana, kau tak puas hati. Kau rasa benda tu tak sepatutnya begitu. Kena faham itu adalah bagaimana kerja media dilakukan.

Awak ada misi yang baik, awak tahu apa yang awak mahukan. Secara peribadi, aku kenal kau. Ada benda kau cakap pakai otak. Tapi tiba-tiba awak cuba untuk buat benda yang kita orang hilang hormat pada awak. Tolong jangan buat begitu.

‘Semua orang akan terkejut’

Bagaimanapun, Caprice nekad untuk tidak berkongsi sebarang dakwaan secara terperinci pada Live Instagram semalam. Dia juga meminta maaf kepada rakyat Malaysia yang terasa dengan tindakannya memuat naik beberapa kenyataan di media sosial.

I minta maaf kepada rakyat Malaysia yang terasa. Kalau Caprice terangkan A to Z apa yang berlaku di Misi Gaza ini, semua orang akan terkejut. Sebab politik jijik Malaysia sudah sampai di Tanah Suci. Itu saja Caprice boleh cakap. Kita tak nak tembak, Caprice risau keselamatan Caprice.

Sebelum Caprice sampai, selama ini disembunyi. Tak ada siapa berani nak suarakan. Apabila orang Gaza bagitahu tentang Malaysia selama ini, bukan Ebit Lew. Ebit Lew cuma mangsa keadaan sekarang. Selama ini memang disembunyi.

Susulan perdebatan yang semakin panas itu, Sharnaaz turut mencadangkan agar perkara ini dilaporkan kepada pihak-pihak tertentu sekiranya benar dakwaan Caprice mengenai bantuan Misi Gaza yang tidak disalurkan kepada saluran yang benar.

Tak elok juga kalau kita terus tembak NGO. Takut orang tak berani nak sumbang. Sebab NGO ni ada nama, ada pengalaman. Cuba kita nak beri kesedaran saja. Sebenarnya ada ramai orang yang dah masuk ke Tanah Suci, ‘berak’ di Tanah Suci tak ‘flush’ lepas tu balik.

Malah, Sharnaaz juga berpendapat kontroversi mengenai dakwaan ini boleh diselesaikan dengan cara yang baik daripada diperbesarkan dengan sedemikian rupa.

Saya harap kamu semua boleh selesaikan masalah ini secepat yang mungkin dengan baik. Kalau nak cerita kat saya apa yang berlaku kat sana, saya tak boleh cakap apa-apa sebab saya tiada di sana. Saya tak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan saya tak ada hak untuk menilai awak juga.

Apa yang awak buat, buat yang terbaik. Please respect orang-orang dekat Malaysia dan nama yang awak bawa. Selesaikan dengan baik, tak payah bergaduh-gaduh di internet.

Sumber: Caprice