Selepas gosip nikah lelaki Dubai, Laudya Cynthia Bella umum tinggalkan industri hiburan
Baru-baru ini, pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella mengejutkan ramai pihak apabila dia mendedahkan akan meninggalkan pekerjaan sebagai penggiat seni hiburan.
Menurut laporan Portal Jember, Laudya telah lama berniat untuk bersara dari dunia lakonan namun, tidak mempunyai kekuatan untuk merealiasasikan perkara tersebut lebih awal pada sebelum ini.
“Mohon doakan saya. Insya-Allah tiada filem lagi (berhenti berlakon). Semoga istiqamah. Kali terakhir saya berlakon menerusi filem Buya Hamka (2021),” katanya.
Difahamkan, asbab pelakon berusia 34 tahun itu membuat keputusan sedemikian disebabkan untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada akhirat.
“Masih banyak yang perlu saya pelajari dan lalui selepas ini. Mohon segalanya dipermudahkan,” jelasnya.
Sebelum ini, nama bekas isteri kepada ahli perniagaan, Engku Emran itu menjadi bualan netizen di laman sosial apabila dia dipercayai sudah mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki dari Dubai.
@gosipsekarang ALHAMDULILLAH SAH ! LAUDYA CHINTYA BELLA RESMI DI PERSUNTING PANGERAN ARAB ASAL DUBAI#beranda #tampil #fyp #menikah #laudyacynthiabella
Bagaimanapun, khabar angin tersebut dinafikan oleh pengurusnya serta menyifatkan ia adalah tidak benar sama sekali.
Untuk info, Laudya pernah bernikah dengan ahli perniagaan, Engku Emran pada 2017. Namun telah berpisah pada tahun 2020 dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Sumber: Kosmo!Online (Mohammad Shahemy Azmi), Portal Jember (Sherin Aprilia), TikTok @gosipsekarang