Selebriti & aktivis terkenal, Heliza Helmi selamat bernikah, tahniah!
Selebriti tanah air yang terkenal dengan penglibatannya dalam kerja-kerja amal dan kemanusian, Heliza Helmi dilapor selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya, Dato` Seri Mahadi BZ, Presiden AUF BMZ.
Berita gembira berkenaan dikongsikan oleh rakan-rakan beliau di media sosial termasuklah jurugambar terkenal, Aqoimran dan pendakwah terkemuka tanah air, Prof. Madya Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff.
https://www.instagram.com/reel/CYK868vlX7K/?utm_medium=copy_link
Melalui perkongsian yang dibuat, Heliza Helmi dan pasangan tampil bergaya mengenakan busana bewarna putih.
Majlis berkenaan dipercayai diadakan secara ringkas di Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.
Selamat pengantin baharu diucapkan kepada kedua-dua mempelai dan didoakan kebahagian berkekalan di dunia dan sehingga ke akhirat.
Sumber: IG Aqoimran, FB Dr. Mohd Izhar Ariff