Selalu dihina kerana bertatu, Ibu Puteri Balqis pula dedah lama derita bersama bekas suami
Sejak semalam, kecoh diperkatakan mengenai derita yang ditanggung pelakon Puteri Balqis sejak kecil. Menerusi satu sesi podcast, pelakon yang lebih mesra disapa Aqish ini mendakwa bapa seorang yang sangat teruk. Malah, dia mendakwa turut menjadi mangsa gangguan seksual.
Pendedahan tersebut ternyata mendapat pelbagai respon daripada netizen. Ada yang bersimpati dan ada juga yang tuduh pelakon ini buka aib bapanya.
Terbaru, ibu Puteri Balqis pula membuat dakwaan mengejutkan berkenaan bekas suaminya dahulu. Mungkin ibunya sudah tidak tahan asyik kena kritik kiri dan kanan hanya kerana dirinya bertatu.
Mengenai kemunculan dalam rancangan Bersamamu, si ibu mendakwa pihaknya sebenarnya sudah 4 kali menolak. Dan setiap kali ada isu viral tercetus, mereka dihina pengutip sampah, pengemis dan sebagainya.
Dakwa si ibu, dia dilayan seperti anjing kurap oleh bekas suaminya dahulu dan banyak lagi kegiatan jenayah yang lain.
Paling mengejutkan, Puteri Balqis didakwa terpaksa melihat perbuatan jijik bekas suaminya di dalam kereta yang dipandu secara perlahan.
Katanya lagi, pengalaman hitam yang dipendam sejak 15 tahun lepas adalah satu mimpi ngeri. Mengenai pertanyaan mengapa tidak membuat laporan, si ibu berkata pelaku tidak pernah ditangkap atau tertangkap.
Malah, si ibu menganggap manusia terlalu kejam apabila mereka dihina dan dituduh membuka aib ketika cuba mempertahankan diri.
Jika benar dakwaan ini, memang derita sangat kehidupan dua beranak ini kan? Semoga dipermudahkan segalanya.
Kredit: IG morosechild