Sejam parking kereta, wanita ini dikenakan caj hampir RM6,000

Sejam parking kereta, wanita ini dikenakan caj hampir RM6,000

Tular di media sosial TikTok semalam apabila seorang wanita meluahkan rasa terkejut melihat harga parkir yang dipamerkan di mesin mencecah hampir RM6,000.

Video yang dimuat naik pengguna TikTok bernama @mummyjylo2 itu mengundang pelbagai respon yang rata-ratanya tidak percaya memandangkan wanita itu hanya parkir selama satu jam di kawasan tempat letak kereta yang dipercayai berlokasi di Sentul.

https://vt.tiktok.com/ZSeX6kDYu/

Difahamkan, harga caj parkir bagi setiap satu jam hanyalah RM3 seperti yang dipaparkan di papan maklumat parkir bangunan itu.

 

Maklum wanita itu, dia pada mulanya dikehendaki membayar harga parkir tersebut oleh pihak pengurusan terbabit.

Sejam juga berurusan dengan pihak pengurusan parkir baru selesai, sampai cakap nak buat laporan baru mereka semak pada rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV).

Setelah diperiksa, pihak pengurusan mendapati terdapat kesilapan teknikal pada mesin dan jumlah sebenar perlu dibayar oleh wanita itu hanyalah RM3 sahaja.

Parkir sentul sejam Rm5kSumber : Tiktok  

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi tidak puas hati dan meminta wanita itu untuk mendedahkan lokasi tapak parkir tersebut agar tiada sesiapa yang akan menerima nasib yang sama di kemudian hari.