Sebulan buat persiapan majlis, ibu muda pergi sehari selepas sambut birthday anak

Sebulan buat persiapan majlis, ibu muda pergi sehari selepas sambut birthday anak

Sambutan hari lahir anak bersama-sama isteri tercinta menjadi kenangan terakhir buat seorang lelaki apabila isteri tercinta meninggal sehari selepas hari istimewa tersebut.

Buat persediaan majlis sejak sebulan lepas

Lebih menyedihkan lagi, isteri tercinta begitu teruja sebelum sambutan tersebut apabila membuat persiapan sejak sebulan yang lalu.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Mumin Mohd yang memaklumkan pemergian isteri dikenali sebagai Athirah Jafar di ruangan Facebook dengan menyertakan gambar ketika hari lahir anak mereka.

Kenangan terakhir dengan arwah

Di fahamkan, sambutan hari lahir bertemakan animasi ‘Cocomelon’ yang diadakan pada Sabtu lalu menjadi kenangan terakhir buat mereka.

Menjengah ke ruangan Facebook arwah, dia dilihat telah berkongsi gambar bersama-sama suami, keluarga dan kenalan ketika meraikan hari lahir anaknya dikenali sebagai Yusuf.

 

 

Disahkan meninggal di Hospital Umum Sarawak

Menurut perkongsian di Facebook kenalannya, Athirah dimaklumkan rebah dan pengsan di tempat kerja sebelum dibawa ke salah satu pusat perubatan di Sarawak sebelum meninggal dunia.

Anak menangis dalam dakapan

Ada juga perkongsian menunjukan anak allahyarham Haider Yusuf menangis dalam dakapan seseorang tanpa mengetahui ibu tersayang sudah pergi meninggalkannya yang baru berusia 1 tahun.

@nzra_d

Al-Fatihah Athirah Jaafar🤍 Semoga ibu yusuf ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman. Semoga Yusuf membesar menjadi anak yg soleh🫶🏻❤️ #alfatihah #kasihibu #syurgakuduniaakhirat #yusuf #foryou #duniakhirat

♬ Bebaskan Diriku Cover – ♪DEDYY…

Posting sambutan hari lahir yang dibuat oleh allahyarham juga telah bertukar dari ‘selamat hari lahir buat anak’ menjadi ucapan takziah buat keluarga diatas pemergian Athirah.

Masing-masing mengakui terkejut namun mendoakan agar allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Innalillahiwainailahirajiun.

Sumber: Facebook Mumin MohdAthirah Jafar, TikTok nzra_d