Sebar ‘content’ seram dan berunsur mistik, pengurus Amber Court mahu saman Youtuber

Sebar ‘content’ seram dan berunsur mistik, pengurus Amber Court mahu saman Youtuber

 

 

 

 

 

Lapor Oriental Daily, jawatankuasa dan badan pengurusan Amber Court, Genting Highlands menyelar tindakan sesetengah ‘content creator‘ dan YouTuber yang sering menyebarkan maklumat tidak berasas mengenai bangunan tersebut yang didakwa mempunyai unsur mistik dan dihuni makhluk halus.

Malah, pihak pengurusan turut mengecam tindakan individu ini yang meletakkan bunyi seram dan mengupah pelakon bagi menunjukkan bangunan tersebut benar-benar berhantu.

 

pengurusan Amber Court

 

Manakala Agensi Pengurusan Pavilion Genting Caiyun memaklumkan bahawa pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mereka yang menyebarkan berita palsu sehingga menyebabkan nilai hartanah bangunan tersebut merudum berikutan kisah-kisah misteri yang tidak wujud itu.

Menurut mereka lagi, ramai YouTuber dan ‘content creator’ telah memasuki bangunan itu secara haram ketika ia dalam proses pengubahsuaian bagi tujuan penggambaran.

 

Amber Court

Kami memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang cuba terus memfitnah dan merosakkan pangsapuri. Selain menghubungi polis, pemilik juga akan memulakan prosiding undang-undang..

..terhadap semua yang cuba untuk merosakkan reputasi dan imej pangsapuri, termasuk selebriti internet, YouTuber, ahli Feng Shui, Pemimpin Pendapat Utama (KOL) dan lain-lain.

Difahamkan bangunan kompleks kediaman itu kini dalam proses pengubahsuaian seperti menaiktaraf sistem keselamatan pangsapuri, penambahan CCTV seumpanya bagi menghidupkan semula pangsapuri itu dengan wajah yang baharu.

COMMENTS