‘Saya tahu cerita sebenar dari Sharnaaz’ banyak berita ditokok tambah

‘Saya tahu cerita sebenar dari Sharnaaz’ banyak berita ditokok tambah

 

 

 

 

 

Bekas isteri kepada Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila tampil bersuara mengenai kontroversi yang terpalit dengan pelakon terbabit pada minggu lalu.

Tahu cerita sebenar

Ketika ditemui OhBulan!, Nabila mengakui terkejut apabila mendengar khabar terbabit.

Kata Nabila, 38, dia sudah tahu perkara sebenar yang terjadi namun enggan membuka mulut kerana membabitkan pihak polis dan peguam.

Apa yang jadi saya tahu dan cerita sebenar saya tahu dari Sharnaaz. Apa yang diberitakan banyak yang telah ditokok tambah. Sebagai bapa kepada Jayden, saya sokong dia dan tetap berada di belakang.

Saya bagitahu dia untuk terus pandang ke hadapan dan menyatakan saya sentiasa akan menyokong dia.

Nabila berkata demikian di majlis pelancaran kolaborasi Naelofar x Disney Alice in Wonderland di IOI City Mall, Putrajaya, pada Khamis.

Tak akan berkasar dengan anak

Dalam pada itu, kakak kepada selebriti Neelofa menyifatkan Sharnaaz seorang yang bertanggungjawab dan selama ini telah menjaga anak mereka, Jebat Jayden, dengan baik dan penuh kasih sayang.

Sharnaaz bukan macam itu. Dia bertanggungjawab dan sayangkan anak. Selepas keluar reman, saya berada di Phuket sedang bercuti.

Dia ada berjumpa dengan Jayden dan menghantar video kepada saya. Menitik air mata dia bila dapat jumpa Jayden selepas tiga hari.

Beberapa hari lalu, media melaporkan mengenai seorang pelakon direman oleh polis di kondominium di Segambut, Kuala Lumpur menjadi tanda tanya netizen.

Bagaimanapun, selepas 3 hari dibebaskan daripada tahanan reman dikhabarkan akibat menumbuk dan menendang seorang pengawal keselamatan, pelakon Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 37 memberitahu dia masih menunggu tarikh untuk dakwaan kes di mahkamah.

 

COMMENTS