“Saya insan lemah’ Alif Syukri umum undur diri dari media sosial, mohon maaf dengan keluarga

“Saya insan lemah’ Alif Syukri umum undur diri dari media sosial, mohon maaf dengan keluarga

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri tampil membuat permohonan maaf kepada semua orang terutama ahli keluarganya yang terpaksa menanggung malu kerana perbuatannya itu.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Aliff dilihat menangis teresak-esak sambil memohon kemaafan atas kekhilafan yang telah dilakukannya sepanjang aktif di media sosial.

Aliff berkata, dengan teguran yang diberikan oleh ibunya, Rozita Ibrahim baru-baru ini yang mendoakannya menutup media sosial membuatkan dirinya mengambil keputusan untuk mengundur diri.

“Kepada semua, saya nak mohon kemaafan dan kekhilafan selama saya berada di media sosial ini. Saya minta maaf banyak-banyak dari hujung rambut sampai hujung kaki terutama mak dan isteri saya. Saya minta maaf banyak-banyak. Saya undur diri.”ujarnya.

Aliff berkata, dia nekad untuk meninggalkan dunia media sosial demi ibu tercinta, isteri dan anak-anak. Namun, sekiranya orang ramai bertemu dengannya di luar, jangan segan silu untuk menegurnya.

Tambahnya lagi, dugaan pada kali ini adalah lebih berat jika hendak dibandingkan dengan sebelum ini. Dalam pada itu, usahawan berusia  35 tahun tersebut turut mendoakan orang ramai berbahagia dan tenang dengan apa yang mereka lakukan.

“Demi mak saya, bini saya, anak-anak saya, saya tak nak main media sosial dah. Saya minta maaf banyak-banyak. Terima kasih atas sokongan semua kepada saya. Sesungguhnya ini dugaan paling berat buat saya. Doakan yang terbaik buat perniagaan saya.”ujarnya lagi.

 

Pada masa sama, Aliff mengakui laman Instagram adalah permainan yang terindah buat dirinya lebih-lebih lagi hendak mendapatkan ramai kawan-kawan seperti pengikutnya.

“Selamat tinggal Instagram. Awak adalah permainan yang terindah buat saya. Bukan senang  saya nak berpisah dengan awak dan nak ada kawan banyak seperti ini.  Saya akan rindu momen dan memiliki 4.3 juta kawan dan semua media sosial saya termasuk Facebook dan TikTok yang berjuta-juta.
“Saya hanyalah insan kerdil yang banyak dosa. Saya sebenarnya ada sakit mental dan dah tak tahan. Dari kosong sampai ke tahap ini, saya redha dan ikhlaskan demi kebaikan semua. Doakan yang terbaik buat saya.”tulisnya di ruangan kapsyen.

Terdahulu, ibu usahawan tersebut iaitu Rozita Ibrahim merayu kepada Aliff Syukri agar memadam klip video lagu dangdut bersama penyanyi Baby Shima kerana telah memalukan dan menjatuhkan maruah mereka sekeluarga.

Difahamkan, usahawan tersebut telah memadam video yang ‘tidak senonoh’ di media sosialnya.

Sumber: Instagram @aliffsyukriterlajaklaris