“Saya dah fikir masak-masak” – Bekas PA nak hantar rombongan meminang Datuk Seri Vida

“Saya dah fikir masak-masak” – Bekas PA nak hantar rombongan meminang Datuk Seri Vida

Bukan sekadar omong kosong, Ahmad Iqbal Zulkefli benar-benar serius mahu menjadikan Datuk Seri Vida sebagai suri hatinya yang sah.

Malah lelaki itu mendedahkan bahawa dia mahu meminang Datuk Seri Vida dalam masa terdekat ini selain sudah memaklumkan niat tersebut kepada kakak usahawan berkenaan.

Saya dah fikir masak-masak! Saya tak mahu main-main dengan perasaan ini terlalu lama. Saya merancang nak merisik dan meminang dalam masa terdekat.

 

 

Walaubagaimanapun, dia masih belum dapat memberikan tarikh spesifik memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berlangsung lantas menyukarkan keluarga mereka untuk bersemuka.

Saya dah cakap dengan Vida, dia faham maksud saya tapi dia minta ikut adat sebab dia perempuan, jadi lebih elok kalau jumpa keluarganya dahulu… saya pun tak nak buang masa dah.

Dalam pada itu, lelaki berkenaan meluahkan rasa syukur kerana Datuk Seri Vida disahkan masih lagi subur dan boleh melahirkan anak lagi.

Saya berkahwin sebab memang nak anak dan dia sendiri sanggup buat ujian untuk memastikan dia masih boleh mengandung, saya kira itu satu pengorbanan besar untuk saya.

Iqbal bekas PA Vida

Meskipun timbul pelbagai khabar angin dek pengakuan beraninya sebelum ini, Iqbal turut menegaskan bahawa perasaan cinta tersebut adalah serius dan bukan untuk melariskan produk jualan mereka.

Apa pun, semoga urusan mereka dipermudahkan.

 

SUMBER : mStar Online