Sarah Hildebrand sertai tentera udara AS? foto dihujani ucapan tahniah

Sarah Hildebrand sertai tentera udara AS? foto dihujani ucapan tahniah

Bekas model dan pelakon, Sarah Hildebrand memberi bayangan seolah-olah telah menyertai Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) berdasarkan beberapa perkongsian di laman Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, pemilik nama Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand itu memuat naik gambar sedang berjabat tangan dengan seorang pegawai berpakaian seragam tentera.

Turut kelihatan gambar seperti markah keputusan hasil ujian penilaian yang dipercayai bagi menguji kemampuan serta potensi dalam bidang ketenteraan.

 

Berdasarkan kapsyen, bekas pelakon berusia 32 tahun itu bagaimanapun tidak memaklumkan secara terperinci tetapi mengakui semua perkara adalah tidak mustahil untuk dikecapi.

Sementara itu, bekas pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu turut dilihat melapor diri dan mengangkat sumpah bersama dua calon lain di hadapan pegawai tentera berkenaan.

 

“Sangat bersyukur,” tulis Sarah ringkas.

Perkongsian itu menarik perhatian rakan artis dan pengikutnya untuk meninggalkan ucapan tahniah pada ruangan komen atas kejayaan menyertai unit pasukan ketenteraan itu.

Sertai tentera udara ke?

Bangga dengan you

Wow akhirnya, tahniah! Jaga diri

Semoga berjaya

Terdahulu, Sarah mengambil keputusan untuk bersara daripada dunia lakonan sebelum aktif melakukan senaman dan membina otot badan di pusat gimnasium.

 

 

Untuk rekod, dia mendirikan rumah tangga dengan lelaki kacukan Filipina-Amerika bernama Otto Gillen pada 2019 namun status hubungan mereka masih menjadi tanda tanya.

Sumber: Instagram Sarah Hildebrand