Sanusi dedah berjaya ‘tangkap’ orang yang nak tangkap beliau

Sanusi dedah berjaya ‘tangkap’ orang yang nak tangkap beliau

 

Ketika tular kononnya Menteri Besar Kedah berkahwin dengan pegawai penyiasat kes berhubung kes kecurian unsur nadir bumi (REE), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengaku telah ‘menangkap’ orang yang hendak menangkap beliau.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu membuat pengakuan itu sewaktu berucap dalam satu majlis dengan sedutan rakaman tersebut tular di media sosial.

“…Hampir ditangkap. Alhamdulillah, saya berjaya menangkap orang yang hendak menangkap saya,” katanya diikuti ketawa tanpa henti.

Sanusi kemudian menyambung ucapan itu dengan menyoal hadirin di hadapannya, “ada faham?” sebelum menyambung ketawanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam Sidang Kemuncak Kerajaan 4 Negeri (SG4) di Bandar Baru Bangi, Selangor semalam.

Pada April lalu, pemimpin Pas berkenaan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri menafikan beliau sudah berpoligami.

Menurutnya, beliau belum berhasrat berbuat demikian tetapi tidak menolak kemungkinan itu sekiranya ada jodoh dengan mana-mana wanita.

“Belum lagi (berkahwin baharu). Mana tahu kalau ada jodoh, kalau jodoh dengan orang Sik apa salahnya? Orang Sik, orang Alor Setar ka,” katanya berseloroh, memetik BH Online.

Sanusi pernah memuat naik status di laman Facebooknya pada 14 April lalu, mengenai saranan berkahwin pada bulan Syawal dengan catatan ‘Dok (berada di) Pahang’.

@malaysiaforward

Tahniah nusi

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)