Sanggup berhujan, lelaki cangkul buat parit kecil elak air bertakung di jalan raya terima pujian ramai
Tidak dapat dinafikan orang kita memang terkenal dengan nilai-nilai murni yang tinggi dan baik hati menghulurkan bantuan meringankan beban individu sedang menghadapi kesulitan.
Contoh terdekat adalah usaha seorang individu dikenali Misi Rakyat sanggup menyediakan tabung bantuan buat keluarga mangsa penghantar makanan yang maut dan cedera parah selepas dirempuh oleh dua buah kereta di persimpangan lampu isyarat tempoh hari.
Cangkul buat parit kecil, elak air bertakung atas jalan raya
Terbaharu, tular sebuah video memaparkan tindakan seorang lelaki menggali saluran di pinggir lebuh raya untuk dijadikan ‘parit kecil’ sehingga mendapat pujian ramai.
Menerusi video dikongsikan oleh pengguna dikenali @jurianmariakha, lelaki itu dilihat memakai baju hujan sambil memegang cangkul untuk membuat satu parit kecil.
@juharmariankha
Difahamkan, tindakannya itu adalah mengelakkan air bertakung di atas jalan raya tersebut selain memastikan pengguna jalan raya lain tidak berhadapan dengan sebarang masalah.
Disebabkan itulah, dia membuat yang ‘parit kecil’ di pinggir jalan raya bagi membiarkan air bertakung itu mengalir ke longkang besar yang berada di tengah-tengah jalan yang memisahkan antara dua hala itu.
Dalam video tersebut, jelas kelihatan air mengalir ke arah longkang besar dengan lebih mudah.
@juharmariankha
Terbaik! Rakyat bantu rakyat juga
Tindakan lelaki itu menerima pujian ramai kerana ia telah memudahkan ramai pengguna jalan raya yang lain. Malah, turut mengatakan tindakan lelaki itu jelas menunjukkan hanya rakyat sahaja boleh membantu sesama mereka tanpa mengharapkan pihak bertanggungjawab.
Sumber: TikTok @juharmariankha