Rupanya tindakan selit selipar tengah-tengah pintu punca 2 budak terperangkap 9 jam dalam lif

Rupanya tindakan selit selipar tengah-tengah pintu punca 2 budak terperangkap 9 jam dalam lif

 

Dua kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang di sebuah pangsapuri di Desa Petaling, Kuala Lumpur pada Isnin ditemui terperangkap dalam lif lebih sembilan jam.

Kedua-duanya, Faiq Adiwira, 11 dan Muhammad Harith Absyar, 10, ditemukan melalui pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) oleh pihak pengurusan pangsapuri.

Berdasarkan perkongsian di media sosial, kanak-kanak berkenaan dipercayai keluar rumah untuk membeli kuih pau kira-kira pukul 2 petang, namun mereka masih belum pulang selepas 7 petang.

Rakaman awal yang tular memaparkan dua kanak-kanak itu tertidur di dalam lif tersebut selepas terperangkap dalam tempoh yang agak lama.

Bagaimanapun pada Rabu, tular satu lagi rakaman CCTV berserta penjelasan daripada pihak pengurusan lif berhubung kejadian tersebut.

Menerusi laporan itu, lif berkenaan dikatakan berfungsi dengan baik dan tidak berlaku sebarang kerosakan.

Namun, tindakan dua budak lelaki itu yang meletakkan selipar ditengah-tengah pintu lif beberapa kali menyebabkan sistem auto-lock diaktifkan dan lif terus terhenti.

“Di sini juga dilampirkan gambar kanak-kanak tersebut merosakkan lif sehingga tidak berfungsi. Rujukan gambar dan video disediakan sekali,” maklumnya.

Satu rakaman CCTV menunjukkan perbuatan mereka cuba merosakkan lif dengan tindakan vandalisme tersebut turut dikongsikan di media sosial.