Rupanya ini alasan sebenar Nico Williams tiba-tiba tak jadi sertai Barcelona

Rupanya ini alasan sebenar Nico Williams tiba-tiba tak jadi sertai Barcelona

 

Nico Williams akhirnya memutuskan untuk terus kekal di Athletic Bilbao dan menolak perpindahan ke Barcelona.

Sebelum ini Fabrizio Romano melaporkan bahawa Barcelona sedia membayar klausa pelepasan Nico Williams yang dianggap murah iaitu sekitar €58 juta.

Barca sudah bercakap dengan ejen pemain itu dan mereka kemudian menunggu kata putus dari Nico Williams. Kerana pemain itu perlu memberitahu kelabnya bahawa dia mahu ‘membeli’ atau mengaktifkan klausa pelepasan itu.

Barca menunggu agak lama kerana pemain itu bercuti selepas Euro 2024.

Athletic Bilbao kemudian menyediakan tawaran baharu untuk pemain itu.

Setelah menunggu agak lama, Barcelona kemudian dimaklumkan bahawa Nico Williams tidak berminat untuk mengaktifkan klausa pelepasan itu pada kali ini.

Ianya agak mengecewakan Barcelona. Kerana ejen pemain itu sebelum ini terus terang menyatakan bahawa pemain itu berminat ke Barcelona malah menghantar isyarat bahawa, kelab yang mahukan Nico Williams tahu apa yang harus mereka lakukan.

Ianya merujuk kepada klausa pelepasan pemain itu yang hanya €58 juta sebenarnya teraktif pada Julai 2024.

Joan Laporta juga optimis akan berjaya mendapatkan Nico Williams.

Tetapi pemain itu kemudian menyatakan bahawa dia mahu terus kekal di kelab semasanya.

Bermakna dia akan terus kekal di Bilbao untuk sekurang kurangnya semusim lagi. Kontrak semasa Nico Williams masih ada sehingga 2027.

Laporan terbaru dari Sepanyol menyebut, Nico Williams sebenarnya memang berminat untuk ke Barcelona. Namun dia mendapat tekanan daripada pengurusan tertinggi Athletic Bilbao yang meminta pemain itu membalas balik jasa kelab itu yang membantunya meningkat naik.

Athletic Bilbao mencadangkan agar pemain itu sekurang-kurangnya kekal semusim lagi. Dan cuba memujuk pemain itu melanjutkan kontrak baharu, untuk membolehkan mereka memasukkan klausa pelepasan lebih tinggi atau mendapat harga lebih tinggi daripada penjualan pemain itu.

Selain Barcelona, kelab seperti PSG juga berminat dengan Nico Williams yang dianggap boleh menjadi pengganti Kylian Mbappe.