Rupanya ibu terlanjur masa ayah ‘Outstation’
Remuk hati seorang anak apabila mengetahui bahawa dirinya bukan anak yang sah hasil perkahwinan kedua ibu bapanya. Lebih menyedihkan perkara tersebut hanya diketahui selepas 35 tahun apabila dia nekad melakukan ujian DNA.
Ujian DNA sahkan dia hanya anak ibunya
Sekadar gambar hiasan
Menerusi perkongsian seorang individu yang tidak mahu dirinya dikenali di Kisah Rumah Tangga Fans, dia meluahkan rasa kecewa apabila mendapat tahu bahawa dirinya merupakan anak hasil daripada hubungan sulit ibunya bersama orang lain ketika bapanya keluar outstation.
Saya nak luahkan perasaan yang tersangat sakit, keliru, takut, sedih, kecewa semua bercampur.
Wanita ini menyatakan bahawa dia telah berkahwin selama 10 tahun dan mempunyai dua orang cahaya mata berumur lapan dan enam tahun. Apa yang membuatkan dirinya sedih adalah selama 35 tahun hidup rupanya dia bukanlah anak kandung bapanya seperti yang tertulis dalam surat lahirnya.
Abah yang azankan waktu saya lahir ke dunia dan abah juga yang walikan semasa saya nikah. Saya sebenarnya anak hasil ibu saya berzina semasa abah saya outstation.
Ujarnya lagi, dia mendapat tahu perkara ini apabila mereka sekeluarga membuat ujian DNA dan hasil daripada keputusan ujian berkenaan mendapati bahawa dia hanya anak kepada ibunya sahaja.
Saya dapat tahu sebab Allah nak bagi saya petunjuk dan saya ajak abah dan ibu pergi check DNA hasilnya saya cuma anak ibu tapi bukan anak abah.
Buntu nak jelaskan pada suami
Sekadar gambar hiasan
Walaupun perit untuk ditelan, namun wanita berkenaan terpaksa menyembunyikan perkara tersebut kerana bapanya sedang sakit dan tidak mahu menjejaskan kesihatannya.
Si ibu terdiam dan hanya mampu menangis kerana tidak tahu bagaimana hendak jelaskan perkara tersebut. Sehubungan itu, wanita tersebut mendakwa pernikahannya menjadi tidak sah dan anaknya pula berstatus seperti anak luar nikah.
Sekarang ni saya jadi sangat kecewa dan marah kerana selama ini pernikahan saya tidak sah. 10 tahun kahwin ibarat berzina, anak pula status macam anak luar nikah ya Allah.
Sekarang ni nak bagitau suami tapi takut suami marah dan kecewa. 10 tahun bukanlah jangka masa yang pendek, anak semua dah besar.
Sumber : Kisah Rumah Tangga Fans