Rupanya boleh ‘set’ FB pewaris untuk tolong padam akaun Facebook kita lepas meninggal dunia

Rupanya boleh ‘set’ FB pewaris untuk tolong padam akaun Facebook kita lepas meninggal dunia

Mungkin sebelum ini ramai yang belum tahu cara untuk memadamkan akaun Facebook milik kita sekiranya kita sudah meninggal dunia. Bunyi macam pelik kan? Tetapi inilah realiti yang kita perlu berdepan.

Untuk pengetahuan korang semua, Facebook sudah memperkenalkan fungsi baharunya bagi membolehkan waris atau kenalan rapat kita tolong memadamkan akaun Facebook selepas kita meninggal dunia.

Bukan apa, kekadang risau gambar-gambar yang tidak menutup aurat (bagi orang Islam) atau apa-apa ‘posting’ yang berbaur fitnah dan sebagainya tersebar. Dengan cara ini, sekurang-kurangnnya, aib kita terpelihara.

Menerusi perkongsian daripada Storyteller Cena di laman Tiktoknya menunjukkan cara dan langkah untuk orang lain kendalikan Facebook kita selepas kita meninggal dunia.

Langkah-langkahnya seperti di bawah;

1. Klik pada menu bar pergi ke ‘Setting & Privacy’
2. Seterusnya klik ‘General’
3. Pilih ‘Memorialisation setting’, klik pilih kawan atau ahli keluarga yang boleh dipercayai.
4. Hantar dan siap

 

Pesan wanita ini, sebelum kita meletakkan nama seseorang itu, pastikan kita sudah memberitahu dia terlebih dahulu supaya tidak berlaku sebarang kekeliruan.

@storytellercena

Kita tak tahu bila kita pergi🙂 #TipsFacebook

♬ Sound untuk orang yang kuat – wani♡