“Rokok pun minta ayah”-Pemuda dedah ‘atuk Grab’ tanggung 2 anak lelaki tak kerja

“Rokok pun minta ayah”-Pemuda dedah ‘atuk Grab’ tanggung 2 anak lelaki tak kerja

Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan satu video seorang lelaki warga emas yang masih gigih bekerja menjadi penghantar makanan walaupun sudah berusia 68 tahun.

Dia yang sudah terbongkok-bongkok menghantar pesanan dari pelanggan telah mendapat perhatian ramai selepas seorang pengguna TikTok memuat naik video tersebut di media sosial.

@danielashraf1370kisah sedih hari ni, aku buat grab food terjumpa dgn seorang atuk yang berumur 68 tahun tapi masih kuat buat grab🥲 #fyp #fypシ #fypdongggggggg #sedih

♬ original sound – BrassicaOlerasia91 – DamianaJun91

 

Anak dua orang lelaki tak bekerja

Dalam video lain dari @danielashraf1370, dia sempat berborak dengan warga emas itu. Menurutnya, sebelum ini dia menjadi penghantar pesanan dengan mengikuti perkhidmatan penghantaran lain, namun lebih serasi dengan Grab.

 

Menerusi video yang dirakam pemuda berkenaan,  warga emas yang dikenali sebagai Pakcik Zack memaklumkan yang dia menanggung dua orang anak yang tidak bekerja.

@danielashraf1370Balas kepada @roseabdullll part dia ajak borak.. seronok borak dgn atuk ni

♬ semangat ngontennya – SR.Kimz`ˢᵃⁿˢ

Grab pun cuba cari atuk ni

Menerusi perkongsian semula di aplikasi Twitter oleh seorang pengguna dikenali sebagai @piargh, pihak Grab juga sudah cuba mengesan Pakcik Zack atau nama sebenarnya Zakaria Abdul Wahab.

Anak2 dia tak rasa bersalah ke?

Walau bagaimanapun, ramai yang meluahkan rasa kesal dengan anak-anak warga emas berkenaan yang tidak cuba membantu bapanya bekerja sedangkan dapat melihat sendiri lelaki tersebut sudah tua.

Ada juga yang berkongsi cerita hampir sama dengan video warga emas berkenaan dan akui perkara tersebut sangat menyedihkan.

Percayalah kebanyakkan pakcik makcik usia macam ni tak ada duit

Semoga atuk terus sihat tubuh badan & dimurahkan rezeki

Aku rider muda pun tahu penat dia macam mana

Pernah jumpa situasi sama macam ni jugak

 

Sumber: TikTok @danielashraf1370, Twitter @piargh